Isu Fi DuitNow QR: Ini Penjelasan Sebenar Dari Bank Negara Malaysia

SHARE:

Pembayaran secara DuitNow QR: Perniagaan mikro dan kecil akan terus menikmati transaksi tanpa kos; Tiada kos baharu untuk pelanggan individu

Bank-bank dan para penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank utama akan mengecualikan fi transaksi bagi perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan penjelasan tentang fi transaksi[1] yang dikenakan oleh beberapa pemeroleh (acquirers)[2] ke atas perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR mulai 1 Oktober 2023, susulan tamatnya pengecualian fi sementara yang diperkenalkan pada tahun 2019.

Fi transaksi ini bertujuan untuk menampung kos dan pelaburan yang diperlukan oleh industri untuk menyenggara sistem pembayaran mereka, termasuk kawalan keselamatan siber dan pencegahan fraud. Langkah ini untuk mengekalkan standard perkhidmatan dan keselamatan yang tinggi bagi perkhidmatan pembayaran.

DuitNow QR tetap menjadi kaedah pembayaran yang mampu milik dan menjimatkan kos. Bagi pelanggan individu, penggunaan DuitNow QR untuk membuat pembayaran tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan. Bagi perniagaan, sebarang fi transaksi yang dikenakan terhadap pembayaran secara QR kekal rendah sama seperti fi yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit, atau lebih rendah daripada fi tersebut. Perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan (point-of-sales, POS) bagi saluran pembayaran berasaskan kad atau kos tambahan untuk overhed dan pentadbiran bagi mengendalikan pembayaran tunai.

Industri akan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kesan fi transaksi yang mungkin dihadapi oleh perniagaan kecil.

Bank-bank utama dan para penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terpilih, yang menguruskan 75% perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR pada masa ini, telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

Selain itu, PayNet[3] akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung oleh pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

Secara bersama, langkah-langkah ini akan membolehkan perniagaan mikro dan kecil terus menikmati perkhidmatan pembayaran secara DuitNow QR tanpa kos, dan pada masa yang sama memastikan perkhidmatan pembayaran QR kekal cekap, boleh diharap serta selamat untuk semua pengguna.

BNM terus memberikan komitmen penuh bagi menyokong penerapan pembayaran digital secara meluas di Malaysia melalui ekosistem pembayaran yang memberangsangkan, selamat dan inklusif, yang juga mampan untuk jangka panjang.

Bank Negara Malaysia

29 September 2023







[1] Fi transaksi yang dikenakan kepada peniaga dikenali sebagai Kadar Diskaun Peniaga (Merchant Discount Rate, MDR), iaitu fi lazim yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan pembayaran elektronik. Fi ini dicaj berdasarkan peratusan nilai transaksi pembayaran bagi menampung kos pemprosesan. Peniaga akan menerima pembayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas MDR ditolak. Pada masa ini, pembayaran kad debit dan kad kredit juga dikenakan MDR.

[2] Pemeroleh ialah bank-bank atau para penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank yang menyediakan perkhidmatan pemerolehan peniaga yang membolehkan perniagaan, termasuk perniagaan mikro dan kecil, menerima pembayaran elektronik bagi jualan barangan dan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

[3] Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), pengendali DuitNow QR.


© Bank Negara Malaysia, 2023. All rights reserved.

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: Isu Fi DuitNow QR: Ini Penjelasan Sebenar Dari Bank Negara Malaysia
Isu Fi DuitNow QR: Ini Penjelasan Sebenar Dari Bank Negara Malaysia
Bank-bank dan para penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank utama akan mengecualikan fi transaksi bagi perniagaan mikro dan kecil
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirJS2HqOu03mARIG6T8sBtQJl8Xu10Kny_CY-dCeLe0Y9d5oxhf50hO15TSCeJ46u9CbSzBWT_1MAylPZc2c3JzgZjdgZHJcebNk97SigR5Ine8M28-aogcK9OIYTC2PPm-xIR2vyo5hhKJispCY9xyf7w0pAWyYvF3kwdcskPxSQyZ69wfTTL15ibrNo/s16000/BNM%201.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirJS2HqOu03mARIG6T8sBtQJl8Xu10Kny_CY-dCeLe0Y9d5oxhf50hO15TSCeJ46u9CbSzBWT_1MAylPZc2c3JzgZjdgZHJcebNk97SigR5Ine8M28-aogcK9OIYTC2PPm-xIR2vyo5hhKJispCY9xyf7w0pAWyYvF3kwdcskPxSQyZ69wfTTL15ibrNo/s72-c/BNM%201.jpeg
Kewangan
https://www.kewangan.org/2023/09/isu-fi-duitnow-qr-ini-penjelasan-sebenar-bnm.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2023/09/isu-fi-duitnow-qr-ini-penjelasan-sebenar-bnm.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content