$type=ticker$count=12$cols=4$cate=0

30 Isi Penting Berkenaan Hukum Bitcoin Yang Dihuraikan Oleh Pakar Kewangan Islam Antarabangsa Dr. Mohd Daud Bakar

SHARE:

Kredit Gambar: Amanie Advisors

Dr. Mohd Daud Bakar ialah seorang pakar kewangan Islam antarabangsa yang disegani. Beliau ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group, iaitu sebuah kumpulan syarikat yang terdiri daripada pelbagai subsidiari seperti Amanie Advisors, Amanie Nexus, Amanie Academy, Amanie Global Tech, AbleAce Raakin Amanie dan sebagainya. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta penasihat syariah bagi pelbagai institusi kewangan di peringkat antarabangsa.

Syarikat-Syarikat Subsidiari Amanie Group

Pada 29 November 2017, Dr. Mohd Daud Bakar telah berkongsi berkenaan dengan Bitcoin dan cyrptocurrency dari sudut Syariah dihadapan para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dr. Mohd Daud Bakar telah memulakan perkongsian dengan satu kenyataan yang mengejutkan iaitu  "Bitcoin adalah patuh Syariah". Ini telah menyebabkan para hadirin terkejut dan tidak sabar untuk menantikan apakah hujah yang akan dibawa oleh Dr. Mohd Daud Bakar. 

Beliau telah cuba untuk menjelaskan pemikiran dan hujah beliau namun oleh kerana kekangan masa, beliau hanya mampu berhujah dalam masa sekitar 20 minit. Ini kerana beliau terpaksa bersedia untuk satu Presentation kepada Board of Director Kuwait Finance House (KFH), satu meeting penting berkenaan pengambil alihan sebuah universiti swasta dan bersiap ke KLIA untuk pulang ke Dubai pada jam 5.00 petang. Video penjelasan tersebut boleh ditonton di FB Dr. Mohd Daud Bakar.

Beliau telah mendapat banyak banyak permintaan daripada netizen agar membuat perkongsian kedua dalam Bahasa Melayu memandangkan perkongsian beliau pada hari tersebut dalam English. Berdasarkan permintaan tersebut, maka beliau telah mengadakan satu  lagi ringkasan eksekutif secara LIVE di Facebook beliau pada 30 November 2017, iaitu sejurus sahaja beliau tiba di Dubai.

Berikut merupakan 30 isi penting daripada video yang dikongsi oleh beliau:

FB Live Dr. Mohd Daud Bakar / 30 November 2017 

#1. Matawang bukanlah suatu instrumen pelaburan. Ia adalah alat pertukaran / medium of exchange / thamaniah yang mendapat kepercayaan / trust / thiqah daripada masyarakat.

#2. Nabi Muhammad SAW tidak membatalkan matawang yang telah digunakan oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam iaitu emas dan perak. Namun begitu Baginda SAW telah meletakkan garis panduan tertentu seperti hukum hakam as-saraf dan riba.

#3. Hadis Ubadah bin Somit adalah hadis yang paling tekenal dalam isu tukaran matangwang iaitu emas hanya boleh ditukar dengan emas, perak dengan perak. Sekiranya berbeza jenis maka ia boleh ditukar dengan kehendak dan persetujuan bersama dengan syarat ianya dilakukan secara lani / spot basis.

#4. Matawang juga terdedah kepada risiko naik dan turun termasuk emas.

#5. Sebarang perkara yang diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran maka ianya dianggap wang. Ia juga akan tertakluk kepada hukum hakam riba berdasarkan hadis Ubadah bin Somit.

#6. Hadis Ubadah bin Somit hanya merujuk kepada hukum hakam riba dan bukan merujuk kepada hanya emas dan perak boleh dijadikan matawang.


Adakah matawang digital merupakan suatu matawang?

#7. Para sarjana masih menjalankan kajian terhadap matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain.

#8. Menurut pakar, matawang ini disokong oleh teknologi Blockchain yang sangat hebat dan mampan. Data dalam Blockchain tidak boleh diubah sehingga kiamat kerana kehebatan teknologinya. Maksud chain itu sendiri sama seperti sanad / rantaian dan ianya benar / real.

#9. Amanie telah menjalankan kajian intensif dan mengeluarkan fatwa pertama di dunia yang membenarkan pelabur untuk melabur dalam saham syarikat yang menerbitkan Bitcoin. Namun begitu, fatwa ini bersifat persendirian dan bukannya untuk kegunaan umum.


Bitcoin : Adakah ianya mempunyai ketidaktentuan yang jelas?

#10. Ramai orang menyatakan bahawa Bitcoin terdedah kepada ketidaktentuan / gharar kerana ianya mungkin akan lenyap, pemilik tidak jelas dan sebagainya. Sebenarnya terdapat perbezaan di antara risiko / khatar dan ketidaktentuan / gharar.

#11. Sebenarnya, semua perkara di atas dunia tidak akan terlepas dari risiko / khatar termasuk emas dan matawang-matang fiat. 

#12. Risiko adalah fitrah tidak mempengaruhi hukum sesuatu perkara. Sebagai contoh, harga emas hari ini mungkin lebih rendah dari bulan lepas.

#13. Manakala ketidaktentuan / gharar pula adalah berkait dengan barang itu sendiri. Seperti ketidakjelasan pada bentuknya dan sebagainya. Ianya mempengaruhi hukum.

#14. Gharar membatalkan konteks syariah manakala khatar tidak.



Valuation / Nilai
#15. Ramai orang berkata matawang perlu kukuh dan kemas. Namun begitu, kita perlu mengetahui bahawa tiada barang yang tetap di dalam dunia.

#16. Pada zaman sekarang, saya juga tidak beriman dengan saranan orang ramai bahawa matawang perlu disandarkan kepada emas. Hal ini akan diulas dalam perbincangan yang lain.

#17. Sebenarnya, volatility tidak memberikan kesan kepada hukum matawang.


Adakah kerana matawang diperniagakan menyebabkan ianya sudah tidak boleh dianggap matawang?

#18. Tidak. Sebenarnya hukum  membeli matawang untuk tujuan pelaburan atau membeli ketika nilai rendah dan menjual ketika nilainya tinggi adalah harus. Namun begitu ianya tertakluk kepada hukum hakam riba dan AAOIFI telah mengeluarkan piawaian berkenaan dengannya.

#19. Namun begitu, jual beli matawang secara margin dan ketiadaan pemilikan penuh seperti urusniaga forex dalam talian yang ada pada hari ini adalah haram dan berdosa besar.

#20. Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk berjual beli matawang tidak kira ianya digital ataupun fiat.


Hukum Bitcoin dan matangwang krito

#21. Bitcoin atau matawang kripto secara konklusinya adalah HARUS dan SAH DI SISI SYARAK. Namun begitu ianya adalah TERTAKLUK KEPADA HUKUM HAKAM RIBA.

#22. Bitcoin perlu ditukar dengan matawang yang lain secara lani / spot basis atau T+2 iaitu dalam masa dua hari (dua hari adalah waktu kebiasaan untuk prosedur due diligence, pengesahan sumber matawang dan proses-proses pengesahan yang lain).

#23. HARAM menukar Bitcoin dengan matawang yang lain secara tertangguh.


Kesimpulan

#24. Concern Syariah pada Bitcoin / matawang adalah riba manakala concern negara pada Bitcoin adalah dari sudut kestabilan, bagaimana boleh diserap dalam ekonomi , kesan fiskal dan sebagainya.

#25. Bitcoin patuh dari sudut syariah namun ianya mungkin memberi kesan negatif seperti Money laundering, ketirisan dan aktiviti tidak sihat kepada negara. Ianya mungkin memberi kesan besar jika tidak dikawalselia dengan baik.

#26. Namun begitu, konteks perbincangan kita pada sesi ini adalah dari sudut hukum syariah berkait dengan Bitcoin itu sendiri sahaja.

#27. Bitcoin / matawang digital juga akan memberi impak positif kepada individu yang tidak mempunyai akses dalam sistem perbankan.


Nasihat Dr. Mohd Daud Bakar

#28. Jangan terpengaruh dengan aspek luaran yang tidak menjejaskan hukum matawang seperti turun naik nilai matawang, digunakan untuk pelaburan dna sebagainya.

#29. Apa yang paling penting dalam Islam bukanlah ilmu tetapi hikmah / wisdom iaiatu cara kita menyampaikan ilmu tersebut.


#30. Janganlah kita melancarkan skim-skim pelaburan yang scam untuk memerangkap orang ramai melabur dalam Bitcoin padahal kita tidak mempunyai akses kepada matawang ini.

www.kewangan.org

#HukumBitcoin #kewangan.org

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: 30 Isi Penting Berkenaan Hukum Bitcoin Yang Dihuraikan Oleh Pakar Kewangan Islam Antarabangsa Dr. Mohd Daud Bakar
30 Isi Penting Berkenaan Hukum Bitcoin Yang Dihuraikan Oleh Pakar Kewangan Islam Antarabangsa Dr. Mohd Daud Bakar
Bitcoin, Breaking, Cryptocurrency, Daud Bakar, Hukum Bitcoin, Isu Semasa, Matawang Digital, Mohd Daud Bakar,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFhRteAsRjuKrXXIl-zi6pfQ8DhJW9gHFiLMmY_KlZrO36u8gRmE1t_L1V7A5skj43UlYqtRdZ636jhRAkY_HFk3oCvneSPedOFF89b_4Y18HUINbe7vHcS6LI2FHSYNS7Es20LqWFfXo/s400/dr-daud-new.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFhRteAsRjuKrXXIl-zi6pfQ8DhJW9gHFiLMmY_KlZrO36u8gRmE1t_L1V7A5skj43UlYqtRdZ636jhRAkY_HFk3oCvneSPedOFF89b_4Y18HUINbe7vHcS6LI2FHSYNS7Es20LqWFfXo/s72-c/dr-daud-new.jpg
Kewangan
https://www.kewangan.org/2017/12/30-isi-penting-yang-dihuraikan-oleh.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2017/12/30-isi-penting-yang-dihuraikan-oleh.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content