Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup 2019, Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019, Belanjawan 2019, Breaking, BR1M, BRIM, BSH2019, Semakan Bayaran BSH 2019, kemaskini BSH, BR1M 2019,
Bermula 28 Januari 2019, semua pemohon Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019) yang layak boleh menyemak status bayaran masing-masing. Semakan status bayaran Fasa Pertama BSH 2019 boleh dibuat melalui enam cara iaitu:
PERTAMA: PORTAL RASMI BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM boleh dilayari melalui URL: https://bsh.hasil.gov.my. Anda perlu masuk ke portal dan memilih menu "MyBSH" seterusnya masukkan nombor kad pengenalan (12 digit tanpa "-") seterusnya menetak butan "Semakan".
KEDUA: APLIKASI SEMAKAN BSH
Sekiranya anda mempunyai telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup di Google Play Store atau App Store.
![]() |
Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup di Play Store |
![]() |
Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup di Apple App Store. |
KETIGA: TALIAN HOTLINE LHDNM
Sekiranya anda tidak mempunyai akses internet atau telefon pintar, Kerajaan menyediakan talian LHDNM untuk anda hubungi sebagaimana berikut :
No Telefon: 1-800-88-2747
Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang hari bekerja
KEEMPAT: TALIAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) juga menyediakan talian hotline bagi penerima yang ingin menyemak status bayaran BSH 2019.
No Telefon: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Waktu operasi: 9.00 pagi –5.00 petang hari bekerja
KELIMA: HADIR SENDIRI KE PEJABAT LHDNM TERDEKAT
Anda boleh hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran untuk menyemak status bayaran BSH 2019. Anda boleh mengetahui alamat Pejabat LHDNM terdekat melalui pautan ini: LOKASI PEJABAT LHDNM
KEENAM: SURAT MAKLUMAN BSH 2019
Sekiranya anda tidak mempunyai akses bagi kelima-lima cara di atas, anda masih boleh mengetahui status bayaran BSH 2019 kerana Kerajaan akan menghantar Surat Makluman BSH 2019 kepada penerima yang layak berdasarkan alamat surat-menyurat yang didaftarkan pada permohonan BSH 2018
Tahniah kepada penerima BSH 2019. Di harapkan agar bantuan ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan harian anda.
Oleh: kewangan.org
Rujukan: Portal BSH LHDNM
COMMENTS