PENGENALAN
Akaun Emas YaPEIM atau singkatannya Akaun SERY adalah suatu produk baharu yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) yang bertujuan untuk membolehkan pelanggan menjual, membeli dan menyimpan emas pada harga harian SERY dalam nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) secara mudah. selamat dan patuh syariah.
Melalui Akaun SERY pelanggan akan dapat menikmati faedah-faedah berikut:
1. Kemudahan membeli dan menjual emas di mana-mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia dan juga melalui website/memuat turun aplikasi mudah alih di telefon bimbit (Apple, Android, Huawei).
2. Simpanan yang lebih selamat disebabkan dilindungi dengan takaful. Sekiranya terdapat sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan atas sebab kecuaian dan/ atau kesalahan KYB semasa di dalam simpanan KYB seperti kecurian, hilang atau musnah, pihak KYB akan membayar pampasan nilai barang emas sewaktu ia ditafsirkan.
3. Harga emas yang berpatutan kerana menggunakan harga emas antarabangsa.
4. Minimum pembelian yang kecil iaitu RM5.00.
5. Peluang keuntungan dengan kenaikan harga emas.
6. Emas merupakan medium simpanan dan pelaburan yang kukuh di masa hadapan.
7. Mendapat nasihat bagi pengurusan kewangan melalui pelaburan emas.
8. Kemudahan bayaran zakat emas. (*Tertakluk kepada cawangan).
9. Kemudahan pembahagian faraid Kontrak Syariah yang digunapakai di Akaun SERY.

KONTRAK SYARIAH DALAM AKAUN EMAS YaPEIM (SERY)
Terdapat tiga kontrak syariah yang digunakan dalam produk SERY iaitu:
1. Kontrak Bai’ al-Sarf (Jual Beli Matawang)

Merupakan satu kontrak Syariah yang digunapakai bagi transaksi pertukaran matawang samada daripada jenis yang sama atau pun berlainan. Dalam konteks SERY Digital, ia melibatkan pertukaran di antara dua matawang yang berbeza jenis iaitu emas digital dan Ringgit Malaysia (RM). Syarat utama bagi transaksi pertukaran dua jenis matawang yang berbeza ini adalah berlakunya penyerahan kedua-dua jenis matawang tersebut secara lani (on the spot) di dalam majlis aqad.
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Dokumen Polisi Bai’ al-Sarf telah menjelaskan bahawa pertukaran kedua jenis matawang dalam kontrak tersebut perlu berlaku secara lani dalam majlis aqad. Keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) BNM Ke-179 juga telah menggariskan perkara yang sama berkaitan transaksi secara lani tersebut.
Accounting and Auditing Organization for Islamic Fianancial Institutions (AAOIFI) dalam Dokumen Standard Syariah No. 1: Jual Beli Matawang (standard 2/6/5) turut menyatakan bahawa serahan lani secara konstruktif boleh berlaku melalui perpindahan wang secara dalam talian (online transfer).
Pembelian/Penjualan emas digital SERY Digital yang telah distruktur dengan kaedah serahan secara konstruktif adalah memenuhi kehendak Syariah.
2. Kontrak Ju’alah (Imbuhan)

Merupakan kontrak Syariah yang digunapakai dalam memberikan imbuhan yang disepakati atas suatu pekerjaan tertentu belum pasti bila akan dapat dilaksanakan. Dalam konteks SERY Digital, pelanggan yang berkongsi “Introducer ID” mereka kepada rakan-rakan lain akan mendapat komisen apabila ada pelanggan baru yang membuka akan dan melanggan produk SERY hasil daripada perkongsian “Introducer ID” tersebut. Majoriti fuqaha’ mazhab Maliki, Syafi’ie dan Hanbali menerima kontrak ju’alah sebagai patuh Syariah.
3. Ujrah (Upah)

Merupakan jumlah bayaran patuh Syariah yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan termasuk faedah-faedah dan hak keistimewaan tertentu yang disediakan. Sebelum melanggan produk SERY, pelanggan perlu membuat pembayaran yuran keahlian sekali seumur hidup KYB berdasarkan konsep ujrah ini.
Bagi pelanggan yang ingin mengeluarkan simpanan emas digital mereka dalam bentuk fizikal, ujrah turut dikenakan bagi membiayai kos penukaran emas digital kepada emas fizikal tersebut.
- [message]
- Sumber : YaPEIM Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
- YaPEIM adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952.
COMMENTS