FAEDAH KOMPAUN DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 261

SHARE:

FAEDAH KOMPAUN DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 261



Al-Quran Al-Karim adalah kalam Allah SWT yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS, ditulis dalam Bahasa Arab, dipindahkan kepada umat manusia secara mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadat.

Di antara kandungan Al-Quran Al-Karim ialah perkara berkaitan akidah, hukum hakam ibadah, kisah umat terdahulu dan terkemudian, peringatan dan larangan serta panduan hidup kepada seluruh umat manusia.

Al-Quran Al-Karim juga mengandungi formula-formula dan panduan-panduan berkaitan kewangan dan muamalat Islam yang sangat hebat dan menarik untuk dirungkai. Di antaranya ialah formula agihan faraid, tatacara hutang, tatacara gadaian dan sebagainya. 

Selain itu, terdapat ayat yang menceritakan berkenaan ganjaran tertentu seperti ganjaran lailatul qadar dan infak di jalan Allah SWT. Ganjaran ini ditulis beserta dengan angka-angka tertentu yang pastinya mempunyai maksud yang tersirat yang dapat difikirkan oleh manusia akan hikmah-hikmahnya.

RIBA, FAEDAH DAN KEWANGAN 101

Terdapat tujuh ayat dalam Al-Quran Al-Karim yang menceritakan berkenaan riba iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 275, 276, 278, 279, Surah Ali Imran ayat 130, Surah An-Nisa' ayat 161 dan Surah Ar-Rum ayat 39.

Berdasarkan ayat-ayat ini, umat Islam dapat memahami bahawa riba merupakan salah satu daripada tujuh dosa besar yang sangat dilarang oleh Islam.

Dalam subjek Kewangan 101 pula, riba atau faedah merupakan topik asas yang akan dipelajari kerana ianya dianggap sebagai ibu dan nadi dalam kewangan.

Walaupun begitu, umat Islam tetap dapat mengambil manfaat daripada pengajian subjek / topik ini terutama berkaitan formula-formula / persamaan-persamaan matematik.

Di antara topik penting yang dapat dipelajari dalam subjek Kewangan 101 adalah berkenaan formula faedah mudah (simple interest) dan faedah kompaun (compounding / compound interest).

FAEDAH MUDAH

Faedah mudah ialah faedah yang diperoleh berdasarkan jumlah prinsipal sahaja.

Sebagai contoh, anda menyimpan / meminjam sebanyak RM10,000 selama lima tahun. Kadar faedah adalah sebanyak 10% setahun. Maka jumlah keseluruhan yang anda akan perolehi / bayar ialah sebanyak RM15,000.

FAEDAH KOMPAUN

Faedah kompaun pula ialah faedah yang diperoleh pada akhir tempoh tertentu (tahunan / dwi-tahunan / suku tahun / bulanan) berdasarkan jumlah pokok dan faedah bagi tempoh sebelumnya. Ia juga boleh dikatakan sebagai "faedah atas faedah".




Sebagai contoh, anda melabur sebanyak RM10,000 selama lima tahun. Kadar faedah adalah sebanyak 10% setahun dan dikompaun secara tahunan. Maka pada tahun kelima, jumlah keseluruhan pelaburan anda ialah sebanyak RM16,105.




GANJARAN INFAK DI JALAN ALLAH

Islam menawarkan pelbagai ganjaran kepada umatnya ke atas setiap kebaikan yang dilakukan. Ganjaran ini merupakan suatu rangsangan agar umat Islam sentiasa bermotivasi untuk melakukan amalan soleh dan menturuti perintah Allah SWT.

Salah satu ganjaran yang ditawarkan dalam Al-Quran Al-Karim ialah ganjaran terhadap mereka yang menginfakkan harta di jalan Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

 
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (261) 

Maksudnya: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas Kurnian dan Ilmu Pengetahuan-Nya.” 

(Surah Al-Baqarah: 261)

Berdasarkan ayat suci di atas, Allah SWT memberikan perumpamaan bahawa harta yang diinfakkan ke jalan Allah SWT adalah sama dengan satu benih yang menghasilkan 700 benih yang lain.

ADAKAH GANJARAN INFAK DI JALAN ALLAH BERSIFAT "FAEDAH MUDAH" ATAUPUN "FAEDAH KOMPAUN"?

Dalam satu kelas subjek Mikroekonomi (Lanjutan) -subjek prasyarat semasa saya mencuba nasib menjadi pelajar PhD di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2014 dahulu-, Prof. Dr Mohd Fauzi Mohd Jani (kini Professor Emeritus) telah melontarkan satu persoalan yang sangat menarik.

"Ganjaran 700 ini bersifat faedah mudah atau kompaun?"

Ramai yang menjawab faedah mudah pada waktu itu.

Namun Prof menerangkan berdasarkan pandangan beliau, ganjaran tersebut bersifat kompaun.

Prof menerangkan logik beliau. Dalam Islam, jika harta yang diinfakkan memberi manfaat kepada orang lain secara berterusan di pelbagai peringkat, di tambah pula manfaat tersebut berjaya menghasilkan manfaat yang lain, maka orang yang mula-mula memberi infak pada akan terus mendapat pahalanya dengan berlipat kali ganda.

Cuba bayangkan Encik Ahmad menginfakkan hartanya kepada sebuah Pusat Tahfiz sehingga para pelajarnya mampu menguasai Al-Quran dengan cemerlang. Kemudian, para pelajar ini mengajarkan pula Al-Quran kepada orang lain maka sudah pasti ganjaran yang diperolehi oleh Encik Ahmad akan menjadi berlipat kali ganda sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat yang sama:

... وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ... (261) 

Maksudnya: “...Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya...” 

(Surah Al-Baqarah: 261)

Maka pada pandangan Prof, ganjaran yang Allah SWT tawarkan ini bersifat eksponen dan berkompaun. 

BERAPAKAH GANJARAN BAGI SATU INFAK YANG DIMANFAATKAN SECARA BERTERUSAN?

Pada akhir sesi kelas, Prof bertanya:

"Berapa ganjaran akan diperolehi oleh orang yang infakkan hartanya di jalan Allah?"

Soalan tersebut dijawab sendiri oleh Prof dengan satu lakaran graf.

"Cukup jika infak tersebut dimanfaatkan secara berterusan oleh tiga pihak / peringkat, maka pahala yang diperolehi adalah infiniti."





Namun sebagai umat Islam, kita wajib menyakini bahawa ganjaran pahala sebenar adalah urusan Allah SWT. Allah SWT akan memberikan ganjaran berdasarkan kehendak-Nya.

RENUNGAN

Sebagai seorang pelajar syariah yang ketika itu jarang bermain dengan graf / statistik / sewaktu dengannya, saya sangat kagum dengan pandangan yang dilontarkan oleh Prof. Inilah salah satu kelas yang memberikan kesan yang mendalam terhadap diri saya.

Walaupun mungkin ada perbahasan lain berkenaan ayat 261 Surah Al-Baqarah ini oleh para mufassirin dan sarjana yang arif dalam bidang Al-Quran, namun sudut pandang yang dikongsi oleh Professor Emeritus Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani adalah satu mutiara yang sangat berharga dan bernilai kerana ia datang sendiri dari seorang pakar dalam bidang ekonomi.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda dan kita semua.


-Baba Ibrahim-


p/s: Syarahan sebenar / ayat yang digunakan oleh Professor Emeritus Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani semasa kelas subjek Mikroekonomi EPPE6014 pada tahun 2014 tersebut mungkin sedikit berbeza.

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: FAEDAH KOMPAUN DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 261
FAEDAH KOMPAUN DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 261
FAEDAH KOMPAUN DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 261
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin8c-Obxj6WU-KlJdjmCyLp62ygzXIZHkeW_xXgSTtmNzKCY3Phgj-7RBRy4O25V27D-GEsus4SYRWH4SkVyy0owVw7gZCX08QsNFaoszONYOc5du-kXKi6ZcM-8R0qgB8QfB7i8orJZyjNBteSB3c4MIGkLaTRVuIEmkKmQJe7c-puOhnGSDfqTME/s16000/1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin8c-Obxj6WU-KlJdjmCyLp62ygzXIZHkeW_xXgSTtmNzKCY3Phgj-7RBRy4O25V27D-GEsus4SYRWH4SkVyy0owVw7gZCX08QsNFaoszONYOc5du-kXKi6ZcM-8R0qgB8QfB7i8orJZyjNBteSB3c4MIGkLaTRVuIEmkKmQJe7c-puOhnGSDfqTME/s72-c/1.png
Kewangan
https://www.kewangan.org/2022/05/faedah-kompaun-dan-kaitannya-dengan-al-quran-surah-al-baqarah-ayat-261.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2022/05/faedah-kompaun-dan-kaitannya-dengan-al-quran-surah-al-baqarah-ayat-261.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content