عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟
قالَ: لا،
قُلتُ: فالشَّطْرُ،
قالَ: لا،
قُلتُ: الثُّلُثُ،
قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ
Maksudnya: Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah bertanya: Wahai Rasulullah, bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?
Rasulullah SAW bersabda : [Tidak boleh!]
Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan saparuh daripadanya
Rasulullah SAW bersabda: [Tidak boleh!]
Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya
Rasulullah SAW bersabda: [Maka satu pertiga (dibolehkan), namun satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup dan meminta-meminta daripada tangan-tangan manusia.] - HR Bukhari (2742)
Ada 2 pengajaran dari Hadis di atas.
1. Kadar maksimum harta yang boleh diwasiatkan kepada bukan waris hanyalah sebanyak 1/3 harta.
2. Gesaan Nabi SAW agar kita meninggalkan waris dalam keadaan berharta dan larangan meninggalkan waris dalam keadaan miskin.
Kedua-dua perkara di atas boleh difahami jika kita belajar ilmu Perancangan Kewangan. Jika malas belajar, bolehlah berjumpa Perancang Kewangan Berlesen. Mereka boleh bantu anda rancang cash-flow sehinggalah kepada perancangan perwarisan. Lengkap. Tentulah ada sedikit yuran tapi ianya berbaloi.
Namun jika malas juga, sekurang-kurangnya buatlah tabungan kecil untuk anak / isteri. Kesiankanlah mereka jika ditakdirkan kita terlebih dahulu pergi. Potong gaji RM10 sebulan pun tidak mengapa. Duit raya anak, jangan guna untuk diri sendiri. Simpan atas nama anak.
Tuan / Puan (terutama ibu bapa muda) boleh mulakan dengan tabungan yang tidak berisiko seperti Tabung Haji , SSPN-i /SSPN-i Plus atau Unit Amanah Berharga Tetap ASNB seperti ASB, ASBD, ASM, ASMW (saya lebih suka gunakan terma "simpanan" bagi unit amanah berharga tetap berbanding terma "pelaburan").
Saya bukan ejen mana-mana agensi di atas. Hanya sekadar berkongsi dan mahu menggalakkan ibu bapa muda menyimpan. Jika ada salah, mohon sifu-sifu Perancangan Kewangan tegur ya.
"Tidak mengapa jika kita dibesarkan dalam keadaan miskin. Namun menjadi salah kita jika anak kita dibesarkan / ditinggalkan dalam keadaan yang miskin"
COMMENTS