KELAYAKAN PENGELUARAN i-SINAR KINI DIPERLUAS

Infografik : Bernama

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan bahawa kumpulan sasar bagi program i-Sinar akan diperluaskan dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1. 

Perluasan kumpulan sasar merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji.

Difahamkan, KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan.

- 26 November 2020

Comments