[PPZ-MAIWP] Cara kira zakat wang simpanan




Soalan : Ustaz, simpanan saya ada RM30,000. Adakah saya kena zakat?

Jawapan: Ya kena zakat tuan. Baki akhir simpanan tuan telah melebihi nisab. Nisab bagi tahun 2019 adalah RM13, 968. Zakat yang wajib tuan tunaikan ialah RM750 sahaja tuan.
______________________________________

Bagaimana kaedah kiraan zakat wang simpanan ini

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan:

1. Simpanan Tetap

Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

2. Simpanan Biasa

Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.

3. Simpanan Dalam Satu Akaun

Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

4.Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.

Untuk lagi mudah, guna kalkulator zakat wang simpanan ini dan terus membuat bayaran secara online di link ini:


📱Ataupun hubungi 1300885757 untuk kami kirakan.

📲 Jom share agar lebih ramai umat Islam mendapat kesedaran berzakat & lebih ramai asnaf terbela.

“Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul,supaya kamu diberi rahmat” (QS An Nur : 56)

📌 Tunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2020.

"Hidup menjadi super indah dengan berzakat"


---------------------
CnP dari https://www.facebook.com/myzakat/photos/a.619740568067367/3356617274379669/?type=3&theater

Comments