5 Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023

Strategi Utama 1: Menyemai nilai murni sejak usia muda


  1. Memperluaskan elemen asas pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah dari peringkat prasekolah, sekolah rendah sehingga menengah.
  2. Memperkukuhkan pendidikan kewangan melalui aktiviti kokurikulum.
  3. Memperkenalkan pembangunanan keupayaan dan sokongan kepada guru.
  4. Menggalakkan penyertaan pendidikan kewangan dalam kalangan murid, kumpulan ibubapa dan masyarakat sokongan.

Strategi Utama 2: Meningkatkan akses orang ramai kepada maklumat, alat kewangan serta sumber berkaitan pengurusan kewangan.


  1. Menjadikan maklumat asas pendidikan kewangan difahami, diperolehi dan diakses dengan mudah oleh semua.
  2. Meningkatkan kesedaran dan mempergiatkan inisiatif pendidikan kewangan melalui kempen mendekati masyarakat di seluruh negara.

Strategi Utama 3: Memupuk tabiat kewangan yang positif dalam kalangan kumpulan sasaran


  1. Menyampaikan pengetahuan kewangan untuk menggalakkan tabiat kewangan yang positif dalam kalangan belia.
  2. Menggalakkan pendidikan kewangan di tempat kerja untuk meningkatkan daya tahan kewangan yang seterusnya akan memberi impak positif terhadap produktiviti pekerja.
  3. Memupuk amalan pengurusan wang secara bijak melalui pendidikan kewangan dalam komuniti.
  4. Melengkapkan individu yang bekerja sendiri dengan pengetahuan kewangan bagi menggalakkan kemapanan kendiri dan perniagaan.

Strategi Utama 4: Memperkasa amalan perancangan kewangan jangka panjang dan persaraan.


  1. Menggalakkan penggunaan alat bantu dan panduan kewangan yang inovatif bagi menambah baik perancangan kewangan jangka panjang.
  2. Mewujudkan kesedaran dan mempromosi faedah mendapatkan nasihat profesional tentang perancangan kewangan.
  3. Menggalakkan kepelbagaian dalam pendapatan melalui promosi saluran dan platform untuk simpanan secara sukarela.
  4. Mendidik rakyat Malaysia supaya membuat perancangan kewangan jangka panjang untuk persaraan mereka.

Strategi Utama 5: Mengumpul dan melindungi harta


  1. Meningkatkan pemahaman tentang risiko dan pulangan untuk mengumpul harta.
  2. Meningkatkan kesedaran tentang inovasi produk dan perkhidmatan kewangan serta implikasinya.
  3. Meningkatkan kesedaran tentang skim penipuan kewangan.
  4. Menyedia dan menerbitkan bahan berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan yang sofistikated.

Comments