Header Ads

Prestasi Q2 KWSP 2019 Menurun Berbanding Q2 2018

Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP | EPF) pada suku tahun kedua (Q2 2019) dilaporkan sebanyak RM12.32 bilion. Jumlah ini adalah kurang RM0.07 bilion daripada RM12.39 bilion yang dicatatkan pada Q2 2018.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, penurunan pendapatan pada suku tahun 2019 adalah disebabkan oleh prestasi lemah pasaran saham Malaysia (-1.1% dalam Q2 2019 berbanding suku tahun sama tahun lepas), yang menghasilkan catatan pendapatan portfolio ekuiti domestik KWSP sebanyak RM1.51 bilion.  

Namun begitu, kebanyakan pasaran ekuiti global menyaksikan pemulihan daripada paras penurunan yang dialami semasa Q4 2018, sebahagiannya  atas tanda-tanda kemajuan dalam rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, yang menstabilkan sumbangan pendapatan oleh ekuiti global. 

Namun kebanyakan pasaran utama tidak termasuk AS kekal rendah berbanding catatan tertinggi pada 2018; ditambah dengan suasana perdagangan yang sukar pada Q2 2019.






- Dipetik dari Lamanweb KWSP

No comments