$type=ticker$count=12$cols=4$cate=0

i-Invest KWSP: Pelaburan Unit Amanah Secara Terus Dari Akaun KWSP

SHARE:



KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2019: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa ahli yang layak kini boleh membuat pelaburan dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh KWSP menggunakan saluran layan diri dalam talian i-Invest melalui i-Akaun (Ahli).

Untuk ahli di bawah umur 55 tahun, pelaburan boleh dilakukan secara terus menggunakan sebahagian daripada jumlah simpanan yang layak dipindahkan dari Akaun 1 dan akan dikenakan caj jualan serendah sifar hingga 0.5% untuk setiap transaksi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan i-Invest kerana kemudahan digital ini memberi kuasa kepada ahli kami untuk mengawal pelaburan mereka serta kos transaksi hampir sifar.

“Bagi memastikan ahli kami mendapat maklumat secukupnya, i-Invest berfungsi membantu ahli dalam mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan antara dana unit amanah, seterusnya membantu ahli memilih dana yang sesuai dengan sasaran pelaburan mereka.  Ini merupakan suatu kebanggaan kerana kami percaya KWSP adalah yang pertama di dunia yang menghasilkan pautan terus antara simpanan persaraan ahli dengan kemudahan pelaburan dalam talian.”

Kemudahan i-Invest menyediakan fungsi yang fleksibel dan mudah untuk ahli membuat pelaburan, transaksi serta memantau pelaburan unit amanah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.  Ia juga membolehkan ahli membuat perbandingan antara dana unit amanah yang ditawarkan oleh IPD, selain memantau pelaburan mereka melalui i-Akaun dan mendapatkan maklumat berkaitan kos pelaburan, prestasi pelaburan dan sebarang maklumat berkanun yang diperlukan.

Tunku Alizakri berkata elemen penting dalam kemudahan pelaburan dalam talian ini adalah caj jualan yang hampir percuma berikutan langkah KWSP dalam meletakkan had sehingga 0.5% sahaja, berbanding caj 3% ke atas transaksi sekiranya ia dilakukan di luar talian atau melalui ejen. 

Beliau menyarankan ahli yang berminat untuk menggunakan i-Invest untuk mengambil langkah waspada dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan menasihatkan mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat atau pendapat perunding profesional sebelum membuat sebarang transaksi.

Ahli boleh memindahkan daripada Akaun 1 sehingga 30% daripada jumlah melebihi Simpanan Asas mengikut umur masing-masing untuk dilaburkan dalam dana yang layak.  Ahli juga boleh membuka akaun untuk membuat pelaburan di dalam dana unit amanah melalui mana-mana IPD menggunakan kemudahan i-Invest.

Ahli berumur 55 tahun ke atas juga boleh menggunakan i-Invest dengan membuat pengeluaran simpanan daripada Akaun 55 atau Akaun Emas melalui i-Akaun, tertakluk kepada mengekalkan baki minimum RM1,000 dalam akaun mereka. 

KWSP mengenakan garis panduan yang ketat kepada IPD untuk dituruti bagi memelihara integriti skim ini dan kepentingan ahli yang menyertai skim ini, serta memastikan IPD memikul tugasan mereka secara berhemah dan bertanggungjawab.

Untuk tempoh 2019/2020, sebanyak 389 dana daripada pelbagai kategori, iaitu ekuiti, asset campuran, pasaran wang dan amanah hartanah, telah diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP. - KWSP

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,5,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,3,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: i-Invest KWSP: Pelaburan Unit Amanah Secara Terus Dari Akaun KWSP
i-Invest KWSP: Pelaburan Unit Amanah Secara Terus Dari Akaun KWSP
i-invest, kwsp, unit trust, dana amanah, Breaking, EPF,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH3yZh5nKx5PqSBCL4qUmdDL2X0ZWwYtWuChnZAKtnIugWa7lewtNcn67B8_KV65dFAuGFCp0UpGhTzKsdoIzQJEeIkUvVcDPKhhsPMJ0q4c0LzdR83qJ5wQwt_BrUvOgpZNEIRyswYjU/s640/kadar+kwsp+2018.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH3yZh5nKx5PqSBCL4qUmdDL2X0ZWwYtWuChnZAKtnIugWa7lewtNcn67B8_KV65dFAuGFCp0UpGhTzKsdoIzQJEeIkUvVcDPKhhsPMJ0q4c0LzdR83qJ5wQwt_BrUvOgpZNEIRyswYjU/s72-c/kadar+kwsp+2018.png
Kewangan
https://www.kewangan.org/2019/08/i-invest-kwsp.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2019/08/i-invest-kwsp.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content