TERKINI Dividen KWSP 2018: KWSP Beri Pulangan Baik dalam Suasana Pelaburan Mencabar

SHARE:


KUALA LUMPUR, 16 Februari 2019: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.15% untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion; dan 5.90% untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion. Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM47.31 bilion, turun 1.70% berbanding 2017.

Dengan purata kadar dividen sebenar bagi tiga tahun berturut-turut sebanyak 3.93% melebihi kadar inflasi untuk Simpanan Konvensional dan 3.68% untuk Simpanan Shariah, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.50% dividen setiap tahun dan tidak kurang dari 2.00% bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Kami amat bersyukur dan sukacita kerana berjaya memenuhi dua sasaran pelaburan strategik kami secara konsisten. Selain dividen nominal, adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan pulangan melebihi kadar inflasi secara konsisten agar kami dapat mengekalkan dan meningkatkan nilai simpanan ahli dalam jangka panjang serta membantu mereka mencapai masa depan persaraan yang lebih baik.

“Ini masih dapat direalisasikan meskipun tahun 2018 merupakan tahun yang sukar dan didominasi oleh ketidaktentuan dan trend penurunan pasaran global yang dicetus oleh perang perdagangan AS-China serta empat kitaran kenaikan kadar faedah AS dalam satu tahun yang sama. Walau bagaimanapun, kami tetap fokus kepada strategi jangka panjang dan kepelbagaian portfolio yang telah memberikan daya tahan dan pulangan yang memberangsangkan kepada ahli kami.”                                                                                                                        

Pendapatan pelaburan kasar untuk 2018 adalah sebanyak RM50.88 bilion, di mana RM4.62 bilion dijana bagi Simpanan Shariah, berkadar dengan bahagiannya daripada keseluruhan jumlah aset Syariah; manakala RM46.26 bilion dijana bagi Simpanan Konvensional. Penurunan pendapatan portfolio Syariah KWSP pada 2018 adalah disebabkan oleh prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor telekomunikasi, pembinaan dan minyak dan gas dalam portfolio domestik.

Pengagihan dividen untuk setiap akaun diperolehi daripada jumlah pendapatan nyata untuk tahun 2018 selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, keuntungan atau kerugian tidak nyata daripada transaksi antara subsidiari/syarikat bersekutu, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran. Jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap 1.00% kadar dividen 2018 adalah RM7.72 bilion, lebih tinggi berbanding RM7.02 bilion pada tahun 2017.

Selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2018, keuntungan modal atas pelupusan ekuiti berjumlah RM18.21 bilion untuk tahun 2018 akan disalurkan kepada keuntungan terkumpul daripada Penyata Pendapatan Komprehensif Lain dan bukan kepada Penyata Untung Rugi seperti amalan MFRS 139 sebelumnya. Tambahan lagi, di bawah MFRS9, KWSP tidak lagi akan mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya.

Jika dibandingkan dengan peningkatan trend pasaran pada tahun 2017, Tan Sri Samsudin berkata perbezaan ketara dapat disaksikan pada tahun kewangan 2018 di mana kesemua indeks saham mencatatkan pulangan negatif. Indeks FBMKLCI mencatatkan kejatuhan enam 6.00%, manakala indeks ekuiti pasaran sedunia jatuh sekitar 9.00% sehingga 16%.

Dalam tahun yang dikaji, Ekuiti terus menjadi penyumbang utama pendapatan pada 57.55% sebanyak RM29.28 bilion, walaupun mengalami penurunan sebanyak 6.96%, berbanding RM31.47 bilion pada 2017. Kelas aset ini terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan pulangan keseluruhan portfolio pelaburan KWSP. 

Pelaburan KWSP dalam instrumen pendapatan tetap, merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf dan Bon & Pinjaman, secara keseluruhannya menyumbang 36.13%, atau RM18.38 bilion, daripada RM50.88 bilion pendapatan pelaburan untuk tahun yang dikaji. Bon dan pinjaman terus menyumbang pendapatan yang stabil melalui penerimaan bayaran kupon berjadual, walaupun keuntungan modal daripada kelas aset ini menurun akibat kenaikan kadar pulangan pasaran berikutan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Hartanah & Infrastruktur menyumbang RM2.10 bilion kepada pendapatan pelaburan pada 2018, jatuh 29.29% berbanding 2017, manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM1.12 bilion pendapatan pelaburan dalam 2018.  Pulangan atas pelaburan (ROI) bagi kelas aset Hartanah dan Infrastruktur dicatat lebih rendah berikutan pencapaian pada tahun 2017 yang didorong oleh transaksi yang unik kepada tahun tersebut.  Kelas aset ini menyumbang lebih 8.00% setiap tahun sejak lima tahun yang lepas, iaitu premium sebanyak 3.29% berbanding instrumen pendapatan tetap.


Pelaburan luar negara yang merangkumi pelbagai kelas aset menyumbang 37.52% kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan kejatuhan harga ekuiti sedunia dan serantau serta ketidaktentuan pertukaran matawang asing. Walau bagaimanapun, pelaburan luar negara pada tahun 2018 bertindak sebagai penambah nilai kepada keseluruhan portfolio KWSP serta mengurangkan impak akibat ketidaktentuan yang dialami oleh beberapa pasaran sepanjang tahun tersebut.

KWSP kekal mengamalkan perbelanjaan yang berhemat dan ini dibuktikan oleh nisbah kewangan utamanya yang sentiasa konsisten, termasuk kos kepada aset di bawah pengurusan sebanyak 0.27%, kos kepada pendapatan kasar pada 4.24% dan kos kepada jumlah aset pada 0.17%. 

Mengulas mengenai prospek pelaburan, Tan Sri Samsudin berkata, “Ketidaktentuan dalam pasaran global mungkin akan berterusan berikutan perang dagang AS-China. Kami juga bersiap sedia untuk menghadapi faktor luaran yang lain seperti Brexit, kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kenaikan kadar faedah AS.

“Walau bagaimanapun, kami kekal komited terhadap strategi diversifikasi global jangka panjang dengan berpandukan Alokasi Aset Strategik. Strategi ini terbukti berkesan terutamanya semasa pasaran yang tidak menentu, sekaligus melengkapkan kami dengan keupayaan untuk mengatasi sebarang ketidakstabilan jangka masa pendek.”

Ahli boleh menyemak penyata akaun KWSP untuk pengkreditan dividen 2018 bermula Ahad, 17 Februari 2019, melalui i-Akaun atau laman web myEPF di www.kwsp.gov.my. Aplikasi mudah alih i-Akaun boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. - Sumber: KWSP

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: TERKINI Dividen KWSP 2018: KWSP Beri Pulangan Baik dalam Suasana Pelaburan Mencabar
TERKINI Dividen KWSP 2018: KWSP Beri Pulangan Baik dalam Suasana Pelaburan Mencabar
Breaking, Dividen Shariah, EPF, KWSP, KWSP-i, pengumuman dividen KWSP 2018, Terkini,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfJB4YS1dwnwvXiTFrkAl8lcroyvYCcfhgQdMp7i_CpPZv_HAFaXGJLgLB3TIu7jWSvsiZeCCST7ukrqvlu6zFP43sDgNhI07QLCR9kCMLXxb7JugIi_e70doVGJxy7WaYK-1nxhL0rS8/s640/kadar+kwsp+2018.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfJB4YS1dwnwvXiTFrkAl8lcroyvYCcfhgQdMp7i_CpPZv_HAFaXGJLgLB3TIu7jWSvsiZeCCST7ukrqvlu6zFP43sDgNhI07QLCR9kCMLXxb7JugIi_e70doVGJxy7WaYK-1nxhL0rS8/s72-c/kadar+kwsp+2018.png
Kewangan
https://www.kewangan.org/2019/02/pengumuman-kadar-dividen-kwsp-2018.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2019/02/pengumuman-kadar-dividen-kwsp-2018.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content