Header Ads

Pengendali Pasaran Matawang Digital Wajib Daftar Sebelum 1 Mac 2019

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meminda Guidelines on Recognized Markets bagi memperkenalkan peraturan dan keperluan baru bagi syarikat atau platform yang mengendalikan perdagangan dan pertukaran aset digital. Menurut garis panduan ini, aset digital merujuk secara kolektif kepada Matawang Digital atau Token Digital.



Dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam laman web rasminya hari ini, SC menjelaskan bahawa pindaan ini adalah salah satu daripada usaha SC untuk mempromosikan inovasi dan dalam masa yang sama melindungi pelabur dalam transaksi perdagangan aset digital.

Pindan ini juga selaras dengan pengenalan Capital Markets and Services (Prescription of Securities) (Digital Currency and Digital Token) Order 2019 yang berkuatkuasa pada 15 Januari 2019 yang lalu.

Dalam pindaan dan semakan semula Guidelines on Recognized Markets ini, terdapat 21 pindaan / semakan yang diringkaskan seperti berikut: 




Di bawah garis panduan yang dipinda / disemak semula ini juga, mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan operasi platform aset digital mesti memohon kepada SC untuk didaftarkan sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf sebelum 1 Mac 2019.

Terdahulu, pada 8 Januari 2019, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa perintah Capital Markets and Services (Prescription of Securities) (Digital Currency and Digital Token) Order 2019 akan diperkenalkan dan berkuatkuasa pada 15 Januari 2019. Melalui perintah ini, mana-mana individu yang menjalankan sebarang aktiviti berkaitan matawang digital atau token digital yang tidak berdaftar dengan SC boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda tidak kurang daripada 10 juta ringgit.


kewangan.org
1 Februari 2019

No comments