Header Ads

Kereta Terbang Wawasan 2020 Bakal Menjadi Kenyataan


Impian untuk menaiki kereta terbang menjelang wawasan 2020 akan direalisasikan tidak lama lagi. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof yang memberi bayangan bahawa demonstrasi prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan diadakan di Tasik Putrajaya pada tahun ini.

Kereta terbang pertama itu juga menelan kos mencecah RM1.2 juta yang bersamaan dengan AS$ 300,000. YB Datuk Seri Redzuan Yusof juga memberi bayangan bahawa ia berbentuk dron yang berkapasiti dua orang penumpang.

YB Menteri Pembangunan Usahawan
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Kredit: Wikipedia

Selain itu, kereta terbang pertama Malaysia itu juga beraltitud rendah dan berkelajuan perlahan serta selamat untuk pengguna.

Apa yang mengejutkan juga, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan bahawa kereta terbang pertama itu dibuat menggunakan kepakaran tempatan. Ini secara tidak langsung memanfaatkan keupayaan negara secara maksimum dalam sektor aeroangkasa, dron, kenderaan tanpa pemandu (UAV) dan automotif. - kewangan.org

No comments