Header Ads

JUALAN SEMPENA MALAYSIA HALAL EXPO 2019 MENCECAH 270 PERATUS DARI SASARAN ASAL



Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengumumkan bahawa jumlah jualan keseluruhan yang berjaya dicapai sempena Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019) adalah sebanyak RM 135 juta. Ini sekali gus menjadikan kutipan jualan melebihi 270% dari jangkaan asal iaitu RM50 juta.


YB Menteri Pembangunan Usahawan (MED) merasmikan Majlis Penutup MHE2019. Kredit: Facebook MED

MHE2019 telah berlangsung selama tiga hari bemula 24 Januari 2019 sehingga 26 Januari 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Terdapat sebanyak 248 syarikat yang terdiri daripada pelbagai entiti perkhidmatan dan produk Halal telah menyertai ekpo kali ini.

Selain itu, terdapat pelbagai acara yang telah berlangsung sempena MHE 2019 seperti ceramah keusahawanan, Business Matching, Pocket Talk dan Islamic Innovation Awards.

Dalam ucapan penutup, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang datang dari seluruh pelusuk tanah air kerana telah menjayakan MHE2019.

#MED #mhe2019 #mys2japan #2020olympics #japan #entrepreneur #SMEs #tokyo

No comments