Header Ads

Bank Negara Malaysia telah menambah 6 lagi Syarikat dalam Senarai Financial Consumer Alert


Bank Negara Malaysia (BNM) telah menambah enam lagi syarikat dalam senarai terbaru Financial Consumer Alert. Perkara ini diumumkan dalam laman web rasmi BNM hari ini. Syarikat terbaru yang disenaraikan adalah:

  1. Carousell Capital (0000140783T)
  2. CFAF Islamic
  3. CFWA Capital Business (002665083V)
  4. EZYFX Berhad (1213734P)
  5. Grow Asia Capital Holdings (0000151641T)
  6. Grow Asia Capital Ventures (0000151635T)


Semenjak Senarai Financial Consumer Alert diperkenalkan oleh BNM, sebanyak 431 buah syarikat atau laman web yang meragukan telah disenarai pendek. Di antara sebab utama penyenaraian adalah ia tidak mendapat pengiktirafan atau  tidak diluluskan dibawah akta-akta yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Selain itu terdapat juga syarikat yang dikenalpasti menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram (illegal deposit taking), menggunakan perkataan bank tanpa kelulusan BNM dan sebagainya.

Senarai penuh Financial Consumer Alert boleh disemak di sini.

No comments