KERETA : PENGGUNA MISKIN MEMILIH HARGA ATAU JENAMA?

SHARE:

Penulis : Danial Razali

Disiarkan Oleh :


Hampir sudah tidak kedengaran isu penurunan harga kereta setelah berlalunya hampir lima bulan pasca pilihanraya umum ke-13. Janji parti yang memenangi tampuk pemerintahan pada hari ini untuk menurunkan harga kereta pun telah berubah daripada "boleh" kepada "amat sukar" dan "perlukan sedikit masa"  yang bermaksud tunggu pilihanraya 14 sajalah.

Beberapa komentar dilontarkan berkenaan penurunan harga kereta. Ada yang mengatakan bahawa penurunan harga kereta akan menyebabkan pertambahan bilangan kereta diatas jalan raya. Ini menyebabkan jalan raya menjadi semakin sesak berbanding dengan kesesakan yang telah sedia ada dihadapi oleh pengguna hari ini. Ada juga yang memberi komentar bahawa permintaan kereta keluaran nasional berhadapan dengan risiko penurunan kesan daripada peralihan keinginan pengguna kepada permintaan kereta buatan asing. Inferior.

Saya melontarkan persoalan-persoalan ini dari perspektif seorang pengguna biasa yang berpendapatan kecil dan mungkin mewakili sebahagian besar mereka yang berpendapatan sederhana. Oleh itu, idea-idea yang ada mungkin tidak akan difahami dan dihayati oleh negarawan yang berpendapatan besar atau pengulas-pengulas agama dan ekonomi bergaji besar yang kerajaan bersembunyi dibelakangnya.

Perlu difahami, keperluan penurunan harga kereta bukan kerana pengguna berkehendak menggunakan kereta buatan asing - tanpa dinafikan mungkin ada sebilangan kecil begitu. Namun, tekanan kerana besarnya perbelanjaan berbanding pendapatan itulah alasan yang sangat utama kenapa pengguna sangat berkeinginan terhadap penurunan harga kereta.

Kereta - sudah menjadi barang asasi (dhoruriyat) kepada seorang pengguna. Ia bukan lagi barang keselesaan (hajjiyat) atau barang bermewah (tahsiniyat). Seorang graduan memerlukan sebuah kereta untuk berulang-alik kesana kemari mencari kerja. Seorang pekerja memerlukan sebuah kereta untuk berulang-alik kerumah kepejabat mencari rezeki. Seorang bapa memerlukan sebuah kereta untuk berulang alik kerumah kenurseri kepejabat isteri seterusnya kepejabat sendiri.

Ya, kita boleh katakan tidak perlulah seorang graduan menggunakan kereta. Oleh itu kita hilangkan frasa dan ayat yang berkaitan keperluan seorang graduan. Akan tetapi masih tinggal keperluan seorang pekerja dan seorang bapa. Golongan ini tersangat memerlukan kereta untuk kegunaan pencarian rezeki dan urusan pembangunan keluarganya.

Kita bayangkan sebuah keluarga di negeri Selangor menerima gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan. Atau kita bayangkan pendapatan yang biasa diterima oleh seorang pekerja biasa adalah berjumlah RM3,000 sebulan. Ini pendapatan. Saya tiada data tetapi inilah kadar gaji biasa yang diterima oleh rakan-rakan yang sudah bekerja dalam tempih kurang tiga tahun. 

Bayangkan pula penggunaan semasa bulanan yang diperlukan adalah RM600 untuk rumah, RM300 untuk bil utiliti air, elektrik dan telefon, RM300 untuk petrol, RM 1,000 untuk makanan, RM500 untuk keperluan isteri dan anak serta RM600 untuk kereta. Maka jumlah perbelanjaan adalah mencecah RM3,300.

Benar, ini adalah andaian dan bukannya data saintifik rasmi yang diperolehi daripada regrasi fungsi ekonometrik. Namun, ini bukanlah andaian semberono untuk mencukupkan pengiraan perbelanjaan melebihi pendapatan. Cuba kita bertanya kepada rakan bahkan cuba bertanya kepada diri sendiri, andaian diatas berasas atau tidak?

Janganlah kita menganggap kereta proton sebagai barang inferior. Untuk lebih difahami, kita mengandaikan sebagai pengguna Proton, kita akan bertukar menggunakan kereta Honda jika pendapatan kita naik atau dengan kata lain, jika kedua-dua harga kereta ini turun, kita akan memilih Honda. Kita perlu tahu bahawa tidak semua pengguna akan meminta kereta Honda jika harga kereta itu jatuh. Kebanyakan pengguna akan tetap memilih kereta yang murah sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Bayangkan harga ansuran bulanan proton Saga berkurang kesan dari pengurangan harga kereta daripada RM600 kepada RM400 manakala ansuran kereta honda city pula menurun daripada RM900 kepada RM700 dengan alasan yang sama, pengguna yang menerima pendapatan yang kecil ini akan tetap memilih proton Saga kerana memikirkan soal perbelanjaan yang perlu dikurangkan lantaran pendapatan yang tidak seberapa.


Bagi golongan berpendapatan kecil dan sederhana, mereka tidak mampu untuk menanggung RM600 sebagai nilai ansuran bulanan kereta Proton. Akan tetapi, mereka terpaksa menerima jumlah itu sebagai liabiliti bulanan disebabkan keperluan yang mendesak. Golongan ini terpaksa memotong sebahagian perbelanjaan lain kerana kereta Proton. Disebabkan inilah, alangkah bagusnya jika kereta Proton dikurangkan harganya agar ansuran bulanannya berkurang kepada suatu jumlah yang lebih kecil. Bagi golongan ini, sangat mustahil untuk mengambil kereta Honda walaupun harga ansurannya mungkin telah berkurang dari suatu harga yang lebih tinggi kepada harga RM700.

Dan, sudah tentu andaian ini keseluruhannya sonsang apabila dibandingkan dengan golongan berpendapatan tinggi. Sudah tentulah hukum ekonomi yang normal terpakai kepada golongan ini. Sudah tentulah golongan ini menambah koleksi kereta mereka apabila harga sudah turun. Golongn ini juga mungkin akan mengambil peluang untuk menukar BNW kepada Porsche, Porsche kepada Ferrari dan Ferrari kepda Bugatti apabila cukai dihapuskan. Persoalannya, siapakah dan berapa ramaikah golongan ini dari kalangan kita?- Danial Razali / 22 September 2013 / www.ekonis.net


COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: KERETA : PENGGUNA MISKIN MEMILIH HARGA ATAU JENAMA?
KERETA : PENGGUNA MISKIN MEMILIH HARGA ATAU JENAMA?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ04GlPXigY6cqvjSj5Abfym0KcGuaElcVu1wZVwtCFTj2uBrXF62lvkQiesKb00l1-spZoT5CFNQDuZ48uvC0f2HIeKeLId9GQJnaJWSsAeCREn6Zor3pUPKFM_iyHZtic-HcHkEOoDIz/s320/turun-harga-kereta-laporan.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ04GlPXigY6cqvjSj5Abfym0KcGuaElcVu1wZVwtCFTj2uBrXF62lvkQiesKb00l1-spZoT5CFNQDuZ48uvC0f2HIeKeLId9GQJnaJWSsAeCREn6Zor3pUPKFM_iyHZtic-HcHkEOoDIz/s72-c/turun-harga-kereta-laporan.jpg
Kewangan
https://www.kewangan.org/2017/11/kereta-pengguna-miskin-memilih-harga.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2017/11/kereta-pengguna-miskin-memilih-harga.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content