Sah! Penerima PTPTN Bergaji Di Bawah 4 Ribu Boleh Menangguhkan Bayaran Balik - Cakna Kewangan

Monday, 16 July 2018

Sah! Penerima PTPTN Bergaji Di Bawah 4 Ribu Boleh Menangguhkan Bayaran Balik

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini telah membuat keputusan untuk menangguhan pembayaran balik pembiayaan bagi penerima biaya yang bergaji di bawah RM 4,000. Keputusan gembira itu telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi PTPTN yang baru dilantik, Encik Wan Saiful Wan Jan di Ibu Pejabat PTPTN. 

Kredit Gambar: Facebook PTPTN
Namun begitu, para penerima biaya WAJIB mengemaskini maklumat peribadi dalam laman sesawang PTPTN bagi membolehkan PTPTN mengenalpasti dan memberikan penangguhkan tersebut kepada mereka.

Maklumat tersebut boleh dikemaskini bermula hari ini. Sekiranya penerima biaya tidak membuat demikian, maka PTPTN akan menganggap mereka tidak berminat untuk menangguhkan pembayaran balik pembiayaan sebagaiman yang ditawarkan.

Pagi tadi PTPTN telah mengadakan Sidang Media : Pelaksanaan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Peminjam PTPTN...
Posted by Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) on Monday, July 16, 2018


Berita ini memberikan khabar gembira kepada penerima biaya yang bergaji dibawah RM 4,000. Ini juga memberikan peluang yang lebih lama kepada mereka yang baru bekerja untuk mengukuhkan kewangan diri dan keluarga sebelum mula membayar semula pembiayaan PTPTN. 

Berikut merupakan video penuh pengumuman oleh Pengerusi PTPTN.



Sidang Media PTPTN : Pelaksanaan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Posted by Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) on Sunday, July 15, 2018


Dalam Pilihanraya Umum ke-14, Pakatan Harapan (PH) telah berjanji di dalam manifesto mereka untuk memberikan kelonggaran kepada golongan berpendapatan di bawah RM 4,000 untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN. - Cakna Kewangan.

No comments:

Post a Comment