EMAS PERHIASAN, BARANGAN HARIAN DAN ISLAM - Cakna Kewangan

Wednesday, 2 May 2018

EMAS PERHIASAN, BARANGAN HARIAN DAN ISLAM

Kredit Gambar: JomUrusDuit

Sempat meneliti buku baru terbitan Mustread bertajuk Zakat: Konsep, Praktikal dan Kaedah Pengiraan tulisan Ust Abd Razak dan Ust Mohamad Noor Sahidi. Ringkas dan sangat sesuai bagi semua latar pendidikan. insyaAllah buku ini saya akan jadikan buku silibus bagi subjek Zakah Accounting untuk Semester Summer nanti kerana isinya yang mudah difahami. InsyaAllah moga-moga para pelajar yg mengambil pengkhususan Actuarial Science akan menghadam subjek ini dengan baik.

Saya tertarik dengan konsep zakat bagi emas yg dijadikan perhiasan (EMAS PERHIASAN). Ia TIDAK DIKENAKAN zakat KECUALI apabila kadar emas perhiasan itu melebihi uruf setempat. Kadar uruf emas perhiasan paling tinggi adalah Terengganu dan Johor iaitu 850gram. Ini bemakna, sekiranya penduduk kedua-dua negeri ini mempunyai emas perhiasan yang jumlah beratnya kurang dari 850gram, mereka masih tidak dikenakan zakat emas perhiasan. Kadar uruf paling rendah pula adalah Kedah iaitu 85gram sahaja. Ini bermakna, wanita yang memakai emas melebihi 85gram, maka lebihan itu perlu dikeluarkan zakat sekiranya cukup masa. Bagi Kelantan pula, tiada uruf emas perhiasan yang ditetapkan.

Indahnya Islam terzahir dengan keindahan zakat ini. Lihatlah, ada emas perhiasan yang banyak pun, jika tidak melebihi uruf, tidak perlu dikeluarkan zakat emas. Kalau kadarnya cukup pun, perlu tunggu cukup haul (tempoh setahun). Apabila cukup haul, maka diambillah 2.5 % dari jumlah yang lebih dari uruf tadi. Zakat sangat progresif jika dilihat dalam kaca mata rangka kerja ini. Hanya dikenakan bila cukup nisabnya dan sampai haulnya. Apabila diambil, sedikit pun tidak terasa. Setahun sekali la katakan.

P/S: Namun, berbeza dengan cukai GST, saya melihat (sehingga sekarang) ianya masih regresif. Awak kaya ke, awak miskin ke, awak cukup makan ke awak tak cukup makan ke, tetap dikenakan cukai atas setiap barangan dan perkhidmatan. Semua dikenakan cukai kecuali barang dan perkhidmatan tertentu. Saya baru sahaja selesai membayar takaful kereta, jumlah premium RM 1922.95 + GST RM115.38 = RM2,048.33. GST RM115.38 mungkin kecil bagi seorang pembesar yang pakai kereta kerajaan (atau tiada nilai pun bagi mereka), namun bagi marhaen macam saya, ianya menyamai belanja makan untuk satu minggu atau kos minyak kereta untuk 3 minggu.

Indahnya Islam, emas nak buat perhiasan pun zakat tak kacau jika tak lebih kadar uruf. Tapi hukum manusia, nak beli untuk keperluan harian pun ada cukai.. :(

Ini baru hukum zakat, kita dah nampak cantiknya, kalau hudud, sudah tentulah terlebih2 cantiknya.. (Ceteris paribus: Jika tadbir urus itu juga cantik) :)

Artikel ini ditulis pada 2 Mei 2015 di Facebook penulis.

No comments:

Post a Comment