MyDeposit: Perlukah Anda Beli Rumah? - Cakna Kewangan

Saturday, 16 December 2017

MyDeposit: Perlukah Anda Beli Rumah?



Apabila Kerajaan tawarkan Skim MyDeposit, tak semestinya anda perlu berlari membeli rumah.
Kira betul-betul komitmen anda. Jangan lihat 10% yang kerajaan bayar, tetapi telitilah 90% yang anda terpaksa bayar semula kepada bank.
Kira bajet bulanan. Tolak komitmen wajib. Jika anda mampu bayar ansuran bulanan rumah, pergilah cari rumah dan belilah.
Apabila ada Skim MyDeposit, ia bukan bermaksud anda wajib beli rumah. Tetapi skim ini salah satu pilihan bantuan yang ada sekiranya anda sudah bersedia membeli rumah (cuma masih tidak mempunyai deposit tunai yang cukup).
Beli rumah tidak mudah tuan-tuan. Lebih-lebih lagi underconstruction. Perlu betul-betul rancang kerana anda perlu bayar "bunga" (sori pinjam perkataan konvensional) setiap bulan setelah bank mula disburse wang kepada pemaju walaupun rumah masih tiada atap. 
Mana nak cari duit nak bayar sewa sekarang lagi, perbelanjaan dapur bulanan lagi. anda perlu bersedia dan rancang. Pastikan anda juga bersedia dengan exit plan jika anda default.
Apapun, terima kasih kepada PRU14. Semakin dekat PRU semakin banyak skim bantuan rakyat kembali muncul.

1 comment:



  1. Halo.
    Saya Mr Rahel Cohran pemberi pinjaman pinjaman pribadi yang memberikan pinjaman peluang waktu hidup kepada individu, perusahaan bisnis, asuransi, dll. Apakah Anda dalam kesulitan keuangan atau membutuhkan pinjaman untuk berinvestasi atau Anda memerlukan pinjaman untuk membayar tagihan Anda tidak mencari lebih lanjut seperti kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda menjadi sesuatu dari masa lalu. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam denominasi mata uang dengan tarif 2% tanpa biaya di muka. Saya ingin menggunakan media besar ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami siap membantu Anda dengan segala jenis pinjaman untuk menyelesaikan masalah keuangan Anda.Jika ya kemudian kembali sekarang melalui Email (rahelcohranloan@gmail.com) untuk lebih jelasnya, ANDA SANGAT BERTEMU.

    ReplyDelete