NOTA MATAWANG DIGITAL - Cakna Kewangan

Friday, 17 November 2017

NOTA MATAWANG DIGITAL

MATAWANG DIGITAL 

1. Sudah lebih setahun (sejak saya berjumpa Ust Zikri Shairy dan Syeikh Wan Hafizi) saya perhati dan membaca tentang matawang digital. Intai-intai juga turun naik terutama Bitcoin sebab matawang ini sudah lama diperkenalkan dan agak relevan untuk lihat sustainability-nya. 

2. Hukum dari sudut Syariah? Saya percaya 50-100 tahun akan datang, atau paling awal 30 tahun, ramai ulama akan mula mengharuskannya kerana teknologi dan penerimaan masyarakat sudah berbeza. Ianya akan sama seperti perbincangan ulama berkenaan hukum dagangan dengan menggunakan resit emas dan wang fiat suatu masa dahulu. 

3. Perjuangan golongan pro-matawang digital saya sangat suka. Namun apa yang menghairankan saya, adakah kita lihat golongan ini berusaha menjadikan matawang ini relevan dalam masyarakat? 

4. MAJORITI daripada mereka hanya menggunakannya sebagai alat untuk menambahkan kekayaan WANG RINGGIT mereka. 

5. Pernah kita dengar orang melombong wang digital gunakannya untuk membeli belah? Pernah kita lihat orang yang beli wang digital ini menggunakanya untuk urusniaga harian (walaupun ada kedai menerimanya) di Malaysia? 

6. Mestilah tidak pernah. Kerana mereka yang melombong atau membeli matawang ini hanya sekadar mahu menjadikannya sebagai alat tukaran dalam Cryptocurrency Exchanges Market. 

7. Lombong wang digital untuk RM, beli wang digital untuk RM dan labur dalam Cryptocurrency Exchanges Market untuk RM. Jadi, apa objektif utama wang digital? Mestilah RM. 

8. Wang digital seperti Bitcoin, Litecoin, Ethereum dan banyak lagi TIDAK berfungsi sebagai medium of exchanges dan ia juga tidak melengkapi ciri-ciri matawang, iaitu masyarakat umum masih tidak menerimanya. Jadi ia akan kekal menjadi tidak harus sekurang-kurangnya untuk tempoh 10-30 tahun akan datang. 

9. Apabila generasi Y dan Z telah diganti dengan generasi Digital Native dalam masa 30 tahun akan datang, maka hukumnya sudah pasti berbeza. Oleh itu, isu ini sangat penting untuk kita bincang dan cakna dari sekrang. 

10. Namun begitu, saya mengganggap buat masa sekarang, matawang digital adalah tidak lebih dari hanya sekadar ALAT untuk menambah RM, bukannya MATAWANG. Lagi teruk ada yang menjadikannya skim ponzi dan skim cepat kaya. Berhati-hatilah. 
#Cryptocurrency #matawangdigital

No comments:

Post a Comment