INFO RASMI PROGRAM SUBSIDI PETROL

SHARE:


Latar Belakang Program


1. Apakah Program Subsidi Petrol?

Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.
Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

2. Kenapa perlu ada Program Subsidi Petrol?

Pada masa ini, harga jualan runcit petrol RON95 yang dinikmati oleh orang ramai adalah dengan subsidi Kerajaan. Ini bermakna setiap liter petrol RON95 yang dibeli, Kerajaan membiayai subsidi supaya harga yang dibayar adalah pada kadar yang rendah, iaitu RM2.08 seliter. Harga sebenar bagi petrol RON95 adalah lebih tinggi dan sentiasa berubah mengikut pasaran.
Subsidi pukal juga dinikmati oleh mereka yang tidak layak seperti warganegara asing, kumpulan berpendapatan tinggi dan syarikat-syarikat komersial.
Kerajaan ingin membetulkan keadaan yang tidak seimbang ini melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dengan memperkenalkan PSP khasnya kepada golongan yang berpendapatan
rendah.
Secara amnya, PSP adalah untuk mencapai objektif berikut:
  1. Mencapai UN Sustainable Development Goal ke-12: Penggunaan dan pengeluaran yang
    bertanggungjawab;
  2. Mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan membantu terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah;
  3. Mengurangkan ketirisan subsidi petrol;
  4. Mengurangkan beban fiskal;
  5. Menggalakkan perubahan tingkah laku oleh pengguna seperti penggunaan petrol yang cekap, penggunaan pengangkutan awam dan menggalakkan tabungan
Kriteria Kelayakan
3. Adakah saya layak menyertai Program Subsidi Petrol?

Anda layak jika anda memenuhi kriteria berikut:

  1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
  2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
  3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
  4. Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
    i. Kereta <= 1,600cc
    ii. Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
    iii.Motosikal <= 150cc
    iv. Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun.
4. Apakah asas penetapan kriteria penerima?

Salah satu objektif Program Subsidi Petrol adalah untuk mengurangkan kos sara hidup bagi isi rumah berpendapatan rendah.
Golongan berpendapatan rendah yang menerima BSH (pendapatan isirumah RM4,000 dan ke bawah) dan memiliki kenderaan dikenal pasti sebagai golongan yang layak menerima subsidi petrol.
Penetapan had pendapatan dan pemilikan kenderaan diperlukan untuk meminimumkan ketirisan dan memastikan Kerajaan kekalbertanggungjawab dan berhemat dalam pengurusan fiskal negara

5. Saya adalah penerima BSH dan memiliki kereta yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1,600cc. Adakah saya  layak?

Sekiranya usia kereta adalah kurang daripada 10 tahun, anda tidak layak menerima subsidi petrol. Namun, jika usia kereta adalah 10 tahun dan ke atas anda layak.

6. Saya adalah penerima BSH dan memiliki motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc. Adakah saya layak?

Sekiranya usia motosikal adalah kurang daripada 7 tahun, anda tidak layak menerima subsidi petrol. Namun, jika usia motosikal adalah 7 tahun dan ke atas anda layak.

7. Bila dan bagaimanakah saya akan menerima subsidi petrol?

Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48

8. Saya adalah penerima yang layak. Tetapi saya tidak mempunyai akaun bank. Bagaimanakah saya boleh  menerima subsidi saya?

Anda hendaklah membuka akaun bank dan mengemas kini maklumat tersebut dalam portal di psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober 2019.

9. Berapakah jumlah subsidi yang akan saya terima?

  • Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.
  • Individu yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.
  • Sebagai contoh, seorang bapa yang memiliki dua kereta dan dua motosikal untuk kegunaan isteri dan anak-anaknya hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM30 sebulan. Bagi individu yang memiliki dua motosikal hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM12 sebulan.

10. Kereta/motor saya tidak ada cukai jalan. Adakah saya layak menerima subsidi?

Anda layak menerima subsidi petrol jika kenderaan anda mempunyai cukai jalan yang sah belum tamat tempohnya.

11. Saya adalah OKU/pesara. Adakah saya layak mendapat subsidi petrol?

Anda layak jika anda adalah penerima BSH dan memiliki kenderaan mengikut kriteria yang ditetapkan.

12. Saya adalah penerima BSH tetapi tidak mempunyai kenderaan. Adakah saya layak?

Subsidi petrol ini dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

13. Kenapa subsidi petrol dihadkan pada RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal?

Penentuan kuota bulanan subsidi petrol sebanyak 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal adalah berpandukan kepada kajian jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja dan keperluan harian yang selainnya sejauh 1,500 kilometer sebulan atau 50 kilometer sehari. Kadar subsidi yang telah ditetapkan bagi kedua-dua jenis kenderaan ialah sebanyak RM0.30 seliter, iaitu julat kadar subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi pukal pada masa ini.

14. Saya memerlukan bantuan petrol setiap bulan. Kenapa saya hanya menerima secara terkumpul untuk setiap empat bulan?

Secara pentadbiran, jumlahnya adalah kecil untuk dimasukkan ke adalam akaun penerima sebanyak RM30 pada setiap bulan. Di samping itu, Kerajaan ingin menggalakkan simpanan oleh penerima.

15. Benarkah data TNB digunakan untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol?

Tidak. Kriteria penerima hanya berdasarkan kepada Data BSH dan Data JPJ yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Mekanisme Pelaksanaan PSP

16. Mengapa tidak jumlah subsidi dikreditkan ke MyKad kami untuk kegunaan langsung di stesen minyak?

Cadangan penggunaan kad untuk penyampaian subsidi memerlukan penambahan keperluan infrastruktur dan perubahan operasi di stesen minyak. Perubahan ini akan melibatkan tambahan kos dan mengambil masa yang lebih panjang sebelum program ini dapat dilaksanakan.
Kajian yang diterbitkan oleh Cambridge University Press pada Ogos 2018 telah menunjukkan bantuan tunai merupakan kaedah terbaik bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

17. Apa yang berlaku jika harga petrol RON95 lebih rendah daripada RM2.08 seliter? Adakah saya masih mendapat  subsidi saya?

Subsidi tidak akan diberikan sekiranya harga petrol RON95 berada di bawah RM2.08 seliter.
Objektif subsidi adalah untuk membantu rakyat apabila harga petrol tinggi. Oleh itu, subsidi tidak diberikan apabila harga petrol berada pada kadar yang berpatutan.

18. Saya telah menggunakan duit subsidi saya untuk bulan Januari 2020. Bolehkah saya meminta supaya bayaran subsidi berikutnya dibayar lebih awal?

Tidak, subsidi yang diperuntukkan bagi setiap individu dihadkan bagi tempoh yang tetap iaitu empat bulan. Ketetapan ini juga bagi memastikanjumlah subsidi adalah adil dan untuk mengelakkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Semakan Kelayakan

19. Bagaimanakah saya menyemak status kelayakan saya?

Status kelayakan boleh disemak melalui portal di psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober 2019.

20. Sekiranya semakan mendapati saya tidak layak, bolehkah saya membuat rayuan?

Ya, anda boleh membuat rayuan melalui portal di psp.kpdnhep.gov.my apabila permohonan rayuan dibuka kepada penerima BSH yang tidak layak.
Kategori rayuan merangkumi pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.

Pengapungan Harga Jualan Runcit Petrol RON95

21. Adakah harga RON95 terus ditetapkan pada RM2.08 seliter?

Harga petrol RON95 akan dikekalkan pada RM2.08 sehingga 31 Disember 2019. Bermula tahun 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran.
Semasa tempoh pengapungan semula harga jualan runcit petrol RON95 secara berperingkat ini, semua orang masih menikmati subsidi petrol secara pukal, namun subsidi ini adalah pada kadar yang lebih kecil.

Pengecualian Kepada Rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan

22. Kenapa rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan tidak menerima subsidi petrol?

Kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel. Oleh itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.
Di samping itu, terdapat juga penggunaan petrol di Sabah dan Sarawak untuk bot kecil dan genset di rumah panjang. Bagi tujuan ini, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter. Sehubungan dengan itu, bantuan tunai Program Subsidi Petrol hanya diberi kepada penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.

Kesan Kenaikan Harga Petrol Terhadap Harga Barangan Lain

23. Harga barangan akan meningkat apabila harga petrol RON95 diapungkan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh KPDNHEP bagi mengatasi masalah ini?

Sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah (pencatutan), orang awam boleh melaporkan kepada saluran aduan KPDNHEP melalui talian 1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzADU, portal e-aduan dan whatsapp KPDNHEP 019-2794 317 atau hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang terdekat.
Penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima dan boleh diambil tindakan sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Hal-hal lain

24. Kenapa Kementerian  mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan program ini?

Berpegang kepada prinsip pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution of subsidy) dan dasar berpandukan data (data driven policy), KPDNHEP memerlukan data yang tepat, lengkap dan terkini daripada pembekal data yang utama, iaitu BSH dan JPJ.
Analisis dan kajian ke atas data yang diterima perlu dilakukan dengan teliti bagi mengenal pasti penerima PSP yang betul-betul layak.

Dikemas kini pada 7 Oktober 2019

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada :-

Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 2, (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Malaysia

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: INFO RASMI PROGRAM SUBSIDI PETROL
INFO RASMI PROGRAM SUBSIDI PETROL
PSP, CARA MEMOHON SUBSIDI MINYAK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiph1ZuQCokGuaIjfhQ-EqOM_ATlTashS6JCFPgx3cY3NzhxI7kN-YMxH-CeBWm1bgh-D2u-PtcT8XAqn109BzI6NqbAU_lgffeQ6XN8cvxuD_8MWhynRvDLoLSCZljI8TsJnbXIGONKPc/s640/PSP-kewangan.org.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiph1ZuQCokGuaIjfhQ-EqOM_ATlTashS6JCFPgx3cY3NzhxI7kN-YMxH-CeBWm1bgh-D2u-PtcT8XAqn109BzI6NqbAU_lgffeQ6XN8cvxuD_8MWhynRvDLoLSCZljI8TsJnbXIGONKPc/s72-c/PSP-kewangan.org.png
Kewangan
https://www.kewangan.org/2019/10/info-rasmi-program-subsidi-petrol.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2019/10/info-rasmi-program-subsidi-petrol.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content