SIARAN MEDIA: PERTUMBUHAN EKONOMI YANG SIHAT MEMADAMKAN SEBARANG KEBIMBANGAN DEFLASI EKORAN PENURUNAN INDEKS HARGA PENGGUNA (CPI) SEBANYAK 0.7% TAHUN-KE-TAHUN PADA BULAN JANUARI 2019

SHARE:


SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


PERTUMBUHAN EKONOMI YANG SIHAT MEMADAMKAN SEBARANG KEBIMBANGAN DEFLASI EKORAN PENURUNAN INDEKS HARGA PENGGUNA (CPI) SEBANYAK 0.7% TAHUN-KE-TAHUN PADA BULAN JANUARI 2019

Pertumbuhan ekonomi yang sihat, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2018 meningkat 4.7%, secara serta-merta memadamkan sebarang kebimbangan deflasi ekoran penurunan Indeks Harga Pengguna (CPI) sebanyak 0.7% tahun-ke-tahun untuk bulan Januari 2019, iaitu kadar yang terendah dalam tempoh hampir 10 tahun. Penurunan CPI ini membuktikan bahawa dasar Kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST), serta menstabilkan harga minyak melalui pengenaan harga siling berjaya mengembangkan ekonomi negara untuk manfaat para peniaga dan rakyat.
Penurunan harga ini disebabkan oleh harga input yang lebih murah. Sebagai contoh, harga purata minyak petrol RON95 dalam bulan Januari 2019 adalah kira-kira 13% lebih rendah berbanding bulan Januari 2018. Ini mempunyai kesan positif ke atas harga barangan dan perkhidmatan yang tidak lagi dikenakan GST. Dasar penstabilan harga minyak menyalurkan penjimatan yang diperolehi daripada harga yang lebih rendah terus kepada pengguna dan pada masa yang sama, mekanisme harga siling melindungi mereka daripada harga minyak dunia apabila ia melambung tinggi.

PENURUNAN HARGA MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Penurunan harga ini akan meningkatkan kuasa membeli rakyat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Keadaan inflasi yang rendah telah menggalakkan perbelanjaan swasta tumbuh pesat pada kadar 9.0% dan 8.5% tahun-ke-tahun masing-masing pada suku ke-3 dan ke-4 2018.
Ekonomi negara sedang bertumbuh dengan sihat dan Kerajaan mengunjurkan KDNK 2019 akan terus berkembang sebanyak 4.9% setelah ia tumbuh 4.7% pada tahun lepas. Kepastian, kejelasan dan konsistensi dasar Kerajaan telah meningkatkan keyakinan peniaga, pasaran modal dan pelabur. Pertumbuhan KDNK suku ke-4 2018 sebanyak 4.7% juga adalah lebih pesat berbanding jangkaan pasaran 4.5% seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.
Pertumbuhan Malaysia yang lebih pesat berbanding jangkaan pasaran dan pertumbuhan ekonomi bertaraf A-/A3 telah meyakinkan agensi penarafan kredit antarabangsa untuk mengekalkan penarafan kredit Kerajaan Malaysia pada tahap tinggi A- atau A3. Fitch Ratings merupakan agensi terbaharu yang mengesahkan penarafan kredit Malaysia pada tahap A- dengan tinjauan yang stabil. Pengesahan Fitch Ratings ini bukan sahaja berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi yang sihat tetapi juga berdasarkan kepada ketelusan usaha Kerajaan melakukan reformasi fiskal untuk memerangi korupsi, konsolidasi fiskal yang berterusan serta imbangan akaun semasa Malaysia yang positif pada paras 2.3% berbanding KDNK.

PENURUNAN HARGA JANUARI 2019 BUKAN DEFLASI 2009

Penurunan CPI dalam bulan Januari 2019 bukan disebabkan oleh kelemahan permintaan ataupun pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya ia disebabkan oleh faktor bekalan dalam bentuk harga input yang lebih murah, iaitu pengurangan harga minyak petrol dan minyak lain. Ini adalah berdasarkan kepada data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh diperolehi oleh orang awam secara percuma.
Ini menjadikan penurunan harga dalam bulan Januari 2019 sangat berbeza daripada deflasi harga yang berlaku semasa tahun 2009. Semasa Krisis Kewangan Sedunia, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi di mana KNDK negara merudum 5.8% untuk suku pertama, jatuh 3.7% pada suku ke-2 dan kemudiannya turun 1.1% pada suku ke-3 pada tahun 2009. Di sini, perlu diingatkan bahawa deflasi harga dari sudut tahun-ke-tahun hanya berlaku setelah kemelesetan berlangsung. Tambahan lagi, pengeluaran industri telah merosot dengan mendadak sebelum kemelesetan ekonomi dan deflasi harga bermula (lihat Jadual 1). Ini bermakna deflasi harga bagi tahun 2009 adalah diakibatkan oleh kemelesetan ekonomi apabila sektor isi rumah dan perniagaan mengurangkan pembelian mereka.
Jadual 1: Pertumbuhan tahun-ke-tahun untuk KDNK, pengeluaran industri dan harga pengguna pada tahun 2009
Suku Pertumbuhan KDNK Pertumbuhan pengeluaran industri Inflasi harga pengguna 
S1 2009 -5.8% -14.2% 3.8% 
S2 2009 -3.7% -10.7% 1.4% 
S3 2009 -1.1% -7.0% -2.3% 
Sebagai perbandingan, penurunan harga pada Januari 2019 bukan disebabkan oleh kemelesetan ekonomi ataupun kelemahan permintaan. KDNK negara terus berkembang dan pengeluaran industri pula sedang meningkat (lihat Jadual 2). Walaupun data untuk KNDK dan pengeluaran industri untuk suku pertama 2019 masih lagi dikumpulkan, pemerhatian semasa mencadangkan bahawa kedua-dua statistik sedang mengalami pertumbuhan.
Jadual 2: Pertumbuhan tahun-ke-tahun untuk KDNK, pengeluaran industri dan harga pengguna pada tahun 2018-2019
Suku Pertumbuhan KDNK Pertumbuhan pengeluaran industri Inflasi harga pengguna 
S3 2018 4.4% 2.4% 0.5% 
S4 2018 4.7% 3.5% 0.3% 
S1 2019 Masih dikumpul Masih dikumpul -0.7% (Januari) 
Satu lagi perkara yang membuktikan kesihatan ekonomi negara berada pada paras yang baik ialah kajian selidik yang dijalankan oleh Nielsen. Kaji selidik tersebut menunjukkan bahawa keyakinan pengguna Malaysia berada pada paras 118 mata pada suku ke-4 2018, iaitu 24 mata lebih tinggi daripada suku yang sama tahun 2017. Peningkatan ketara ini adalah yang tertinggi antara semua negara yang diselidik dan ia menjadi pengguna Malaysia sebagai yang ke-7 paling yakin di kalangan 64 ekonomi dunia. Tambahan lagi, pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan bagi sektor pembuatan untuk 9 bulan pertama 2018 telah meningkat kepada RM48.8 bilion, atau 249% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017. Pelaburan ini akan mewujudkan 41,000 pekerjaan pembuatan berkualiti yang baharu dalam masa 2-3 tahun yang akan datang dan ia akan menyumbang kepada kenaikan gaji pekerja.
Walaupun CPI menurun 0.7%, Kerajaan sedar bahawa banyak lagi perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat Malaysia, terutama sekali bagi golongan B40. Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan supaya penurunan CPI ini dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh pelosok masyarakat.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia

Putrajaya
24 Februari 20194

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: SIARAN MEDIA: PERTUMBUHAN EKONOMI YANG SIHAT MEMADAMKAN SEBARANG KEBIMBANGAN DEFLASI EKORAN PENURUNAN INDEKS HARGA PENGGUNA (CPI) SEBANYAK 0.7% TAHUN-KE-TAHUN PADA BULAN JANUARI 2019
SIARAN MEDIA: PERTUMBUHAN EKONOMI YANG SIHAT MEMADAMKAN SEBARANG KEBIMBANGAN DEFLASI EKORAN PENURUNAN INDEKS HARGA PENGGUNA (CPI) SEBANYAK 0.7% TAHUN-KE-TAHUN PADA BULAN JANUARI 2019
PERTUMBUHAN EKONOMI YANG SIHAT MEMADAMKAN SEBARANG KEBIMBANGAN DEFLASI EKORAN PENURUNAN INDEKS HARGA PENGGUNA (CPI) SEBANYAK 0.7% TAHUN-KE-TAHUN PADA BULAN JANUARI 2019
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7rizGhGFsD3EXRntJ-3bvobOTy5UU4hVjp8ggA6GC2ph0z-dudVMzfd2BDEjbeOh_d9Xpae8CikpttMguxh5TrseMBfQEmKe6ThFxqINK2K4RW_AisQR30G0S8veozLSBbMoH6BziEIU/s1600/250px-Coat_of_arms_of_Malaysia.svg.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7rizGhGFsD3EXRntJ-3bvobOTy5UU4hVjp8ggA6GC2ph0z-dudVMzfd2BDEjbeOh_d9Xpae8CikpttMguxh5TrseMBfQEmKe6ThFxqINK2K4RW_AisQR30G0S8veozLSBbMoH6BziEIU/s72-c/250px-Coat_of_arms_of_Malaysia.svg.png
Kewangan
https://www.kewangan.org/2019/02/siaran-media-indeks-harga-penguna.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2019/02/siaran-media-indeks-harga-penguna.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content