Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, salah satu agensi penting Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan skim pembiayaan patuh Syariah yang dinanti-nantikan oleh rakyat negeri Terengganu terutama para peniaga dalam talian. Kini rakyat terengganu boleh memohon SKIM PINJAMAN BISNES ONLINE (SPBOL) yang disediakan bertujuan untuk membantu usahawan anak Terengganu memperkembangkan lagi perniagaan dalam talian.
Di antara ciri-ciri yang menarik skim ini adalah jumlah pembiayaan di antara RM2,000.00 sehingga RM10,000.00, tempoh pembiayaan selama Sehingga 24 bulan, tidak memerlukan cagaran. Skim juga juga bukan sahaja tidak mengenakan caj keuntungan kepada pemohon, bahkan pemohon layak untuk mendapat diskaun sebanyak 25% sekiranya membayar semula pinjaman tanpa sebarang tunggakan.
KRITERIA USAHAWAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 55 tahun.
- Pemohon mestilah Bertaraf Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu.
- Mempunyai premis perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
- Jenis perniagaan ialah perniagaan atas talian.
- Memiliki lesen perniagaan yang sah dengan jenis perniagaan yang dijalankan diatas talian.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan.
- Keutamaan kepada usahawan yang telah mendapat khidmat nasihan dan bimbingan serta telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
- Dropship tidak dibenarkan memohon.
TUJUAN PEMBIAYAAN
- Pembelian bahan mentah dan produk jualan.
- Pembelian peralatan ICT untuk jualan.
- Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu memajukan perniagaan/perusahaan yang diceburi.
- Modal kerja/pusingan/promosi online.
CIRI-CIRI PEMBIAYAAN
- Jumlah Dari RM2,000.00 hingga RM10,000.00
- Jangkamasa Sehingga 24 bulan
- Tiada Cagaran
- Tiada Caj Keuntungan
- Penjamin (Suami/Isteri/Adik-beradik/Waris Terdekat)
- Potongan 25% sekiranya bayaran memuaskan tanpa sebarang tunggakan.
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Permohonan SPBOL yang lengkap. MUAT TURUN DI SINI
- Gambar berukuran paspot.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin.
- Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM / Borang A & D.
- Salinan Lesen Perniagaan yang sah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.
- Salinan penyata bank selama 4 bulan terkini.
- Surat tawaran perniagaan / kontrak / projek yang dimiliki / lain-lain surat sokongan.
- Invois dan bil barangan atau peralatan yang diperlukan.
- Lakaran pelan lokasi.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari Laman Web Rasmi YPU Terengganu.
COMMENTS