SUBSIDI GULA, DIEBETIS, DAN KETENTUAN ALLAH

SHARE:

SUBSIDI GULA, DIEBETIS, DAN KETENTUAN ALLAH

Penulis : Danial Razali
Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada sohibul fadhilah ustaz-ustaz daripada Ulama Muda UMNO tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula). Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mana mendapat respon cepat daripada ILMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara. Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam Pemilihan Pemuda UMNO 2013 yang lalu. Oh, berdosakah saya kerana syakwasangka ini?!

Saya terkejut apabila mendengar perkara 161 Ucapan Bajet 2013. Benarkah itu yang termaktub atau saja-saja memanda perdana menteri menokok?  Oleh kerana tidak berpuas hati, saya menyemak semula teks ucapan bajet 2014. Memang benar, ada nas ditulis bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes lantas langkah pengurangan subsidi (menaikkan harga) gula akan dilaksanakan serta merta selepas lapan jam pengumuman itu dibuat. Sungguh hebat. Saya tidak menyangka perkara ini tertulis dalam ucapan bajet. Pasti Perdana Menteri UK David Cameron terpaksa di-nyah-penyakit sindrom Angelman selepas mendengar ucapan tersebut sebelum benar-benar bersedia menerima lawatan DS Najib yang dijadualkan berlangsung dua hari selepas Ucapan Bajet 2014.

Menurut International Diabetes Federation (IDF), jumlah pesakit diabetes di Malaysia pada tahun 2012 adalah seramai 2.1 juta orang daripada 371 juta orang pesakit dari seluruh dunia. Sebelum menulis artikel ini, saya telah mendapatkan khidmat nasihat tentang diabetes daripada sahabat-sahabat yang berlatar pendidikan perubatan. Menurut mereka, diabetes berlaku bukan hanya disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan dan gaya hidup individu. Saya tidak mahu membahaskan tentang diabetes kerana tidak mempunyai kelayakan yang cukup tentangnya. Biarlah para cerdik pandai perubatan yang menerangkan punca-punca berlakukanya diabetes agar masyarakat awam faham dan mengambil pengajaran awal tentang kesannya yang sangat mengerikan.

Saya tidak kesali akan penyataan gula penyebab diabetes kerana memang jelas terdapat kaitan yang signifikan antara keduanya berdasarkan pandangan sahabat-sahabat yang berkelayakan dalam bidang perubatan. Namun saya berasa sangat kecewa kerana hal itu menjadi alasan ampuh kerajaan dalam menghalalkan tindakan mereka mengurangkan subsidi (menaikkan harga) gula. Jika kita menggunakan saluran tidak berhikmah, kita sebagai warga negara Malaysia yang cintakan kesihatan dan anti-ketirisan boleh sahaja menyoal kerajaan kenapa perlu menggunakan kereta baru Honda Accord 2.4L dan 2.0L sebagai kereta rasmi disaat harga minyak melambung tinggi dan bebanan hutang negara meningkat? Walhal bukankah dengan menaiki kenderaan awam lebih menjimatkan kos jika dibandingkan dengan alasan kerajaan bahawa kereta honda Accord tersebut lebih murah kos petrol dan servisnya? Ataupun bukankah dengan berjalan kaki atau berbasikal boleh menyihatkan badan berbanding hanya duduk didalam kereta? 

Namun kita tidak se'kelakar' kerajaan dalam membangkitkan persoalan dan alasan. Walaupun kita dididik dengan 'hanya duduk diam' dan 'kalau tidak setuju keluar sahaja dari Malaysia', kita masih berhikmah dalam menyoal. Apakah alasan ini wajar? 

Kembali kepada isu gula, perlu difahami oleh semua warga Malaysia bahawa proses pengeluaran gula di Malaysia adalah bermula daripada peringkat mengimport gula mentah adripada luar negara. Gula mentah ini ditapis oleh syarikat-syarikat gula seperti MSM dan beberapa syarikat yang dibenarkan kerajaan. Bunyinya seperti oligopoli tetapi ada logiknya kerana kos pengeluaran mampu dikurangkan. Selepas ditapis, gula ini akan dipasarkan di pasaran domestik melalui peruncit dan pengedar ataupun pemain industri. Pengguna biasa (baca marhaen) pula akan mendapatkan gula yang ditapis secara langsung melalui peruncit dan pengedar ataupun menggunakan gula yang ditapis secara tidak langsung melalui produk industri seperti minuman dan makanan ringan yang ada dalam pasaran. Tahun 2012 menyaksikan permintaan gula di Malaysia adalah dipelopori oleh sektor perindustrian iaitu sebanyak 60 peratus manakala isi rumah menggunakan 40 peratus.

Menurut statistik data Bank Dunia, harga gula global pada Januari 2011 adalah sebanyak USD 0.297 bagi setiap paun. Harga ini kemudian turun kepada USD 0.24 bagi setiap paun pada Januari 2012 seterusnya turun lagi kepada USD 0.189 bagi setiap paun pada Januari 2013. Namun begitu, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Januari 2012 telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian jangka panjang (LTC) bersama pengeksport dunia selama tiga tahun bagi mengimport gula mentah dengan harga tetap USD 0.26 bagi setiap paun yang bermula pada tahun 2012 sehingga tahun 2014. Keyakinan ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan menjimatkan RM 2 bilion hasil perjanjian harga gula mentah sebanyak USD 0.175 bagi setiap paun yang memeterai melalui perjanjian jangka panjang (LTC) 2009-2011 dengan pengeksport dunia.

Sekali imbas, ketidaktentuan harga pasaran gula mentah dunia telah menyebabkan kerajaan bertindak memeterai perjanjian jangka panjang (LTC) 2012-2014 dengan kadar pembelian tetap sebanyak USD 0.26 per paun. Hal ini kerana kerajaan bimbang sekiranya harga gula mentah dunia naik secara mendadak melebihi paras USD 0.26 per paun dan sekiranya hal ini berlaku, maka kerajaan akan mendapat manfaat kerana telah membuat perjanjian harga yang tetap dengan pengeksport dunia. 

Akan tetapi, hakikatnya kerajaan telah pun diingatkan tentang pengeluaran gula mentah melebihi permintaan yang menyebabkan harga gula mentah turun ke satu paras sangat kurang daripada USD 0.26 per paun. Bahkan pada tahun 2012, Ahli Parlimen DAP Tony Pua telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan bertanyakan apakah rasionalnya penetapan USD 0.26 per paun sedangkan harga gula mentah dunia pada waktu itu hanyalah USD 0.24 bagi setiap paun dan menunjukkan trend menurun. Telahan Tony Pua itu ternyata benar apabila harga gula mentah dunia turun menurut data Bank Dunia sehinggalah mencapai USD 0.176 pada bulan September 2013.

Sebagai memudahkan kefahaman, saya senaraikan harga gula yang telah ditapis / diproses (yang ada dalam pasaran tempatan) dalam dua keadaan iaitu mengikut harga gula mentah menerusi perjanjian LTC 2012-2014 dan mengikut harga sebenar gula mentah. Andaikan kos pengeluaran menjadi gula yang ditapis adalah konstan iaitu sebanyak USD 0.18 per paun (merujuk kepada kos pengeluaran MSM - 2012). Oleh itu, harga satu paun gula yang telah ditapis (mengikut harga  mentah LTC) adalah USD 0.44 per paun manakala harga gula yang telah ditapis jika menurut harga gula mentah semasa pada bulan September 2013 hanyalah sebanyak USD 0.356 per paun. Jika ditukar mengikut unit mata wang Ringgit Malaysia (katakan USD 1 = RM 3.06) dan unit kilogram (100 paun = 45.3592 kg), maka kita akan mendapati harga gula yang telah ditapis menurut LTC 2012-2014  adalah RM2.96 sekilo atau sekitarnya kerana perubahan USD ke RM yang tidak konstan sepanjang masa. Manakala harga gula yang telah ditapis mengikut harga gula mentah September 2013 pula hanyalah sebanyak RM2.40 sekilo.

Bayangkan betapa besarnya negara kita mengalami kerugian dek kerana ramalan kerajaan yang tidak tepat berkenaan harga gula mentah dunia. Adakah kita tidak boleh menyalahkan kerajaan walhal kerajaan (dengan adanya cerdik pandai ekonomi dan industri) sangat mampu menggerakkan satu jabatan didalam yang berfungsi membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam memastikan harga yang paling sesuai sebelum ianya digazetkan dalam perjanjian? 

Tambahan lagi, menurut laporan tahunan MSM 2012, MSM sebagai pemain terbesar industri gula di Malaysia telah berjaya mencapai jumlah pendapatan sebanyak RM2.3 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM202 juta. MSM telah mengeluarkan kira-kira 900,620 tan metrik gula halus pada 2012 yang merupakan 57 peratus daripada jumlah pengeluaran gula di Malaysia. Apakah kerajaan akan mengarahkan MSM mengurangkan pengeluaran (yang mengakibatkan keuntungan pada tahun berikutnya berkurangan) sebagai langkah sokongan kepada kempen anti-diabetes dan kempen pengurangan pengambilan gula seperti yang dihikayatkan dalam Bajet 2014? Sudah tentu tidak. Bahkan MSM sendiri meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran gula sehingga 36 peratus kepada 1.5 juta tan menjelang 2016.

Jadi apakah maksud perdana menteri menyatakan penyakit diabetes perlu dibendung dan sehubungan dengan itu kerajaan memansuhkan subsidi gula dalam perutusannya? Tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar satu penghinaan kepada intelektualisme kami rakyat marhaen Malaysia. Apakah kerajaan berasa sangat mudah menipu kami rakyat jelata? Mungkin pada pandangan kerajaan,kami  rakyat yang telah lama ditindas tidak pandai mengira harta berjuta-juta kerana hanya ada syiling-syiling lama dan habuk debu sahaja dalam poket seluar kami. Namun, kami warga marhaen mengingatkan kerajaan, kami mungkin boleh ditindas, tetapi kami tidak sesekali boleh ditipu dan dipermainkan!

Sangat jelas disini bahawa punca utama yang menyebabkan pengurangan subsidi (kenaikan harga) gula bukanlah disebabkan kebimbangan serius kerajaan terhadap peningkatan jumlah pengidap diabetes di malaysia. Apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih kepada mengambil kesempatan keatas alasan tersebut bagi menutup segala kebodohan dalam mentadbir urus harta kekayaan negara. Mungkinkah selepas ini harga kereta akan dinaikkan dengan alasan bagi mengurangkan kesesakan yang melimpah dijalan raya? Tidak mustahil ini akan berlaku kerana kerajaan langsung tidak menyebut tentang janjinya mengurangkan harga kereta dalam bajet 2014. Ya, semuanya boleh berlaku di Malaysia. Andai marhean tidak suka, wajarlah mengambil buku merah dan terbang ke benua lain sebagai penutup segala cerita.



Bagi saya, alasan diabetes adalah satu pembodohan dan kelakar. Tetapi lebih kelakar lagi, saya tidak dapat melihat taring ulama muda UMNO yang pada sangkaan saya sentiasa berjiwa kental dalam memberikan komen. Saban hari selepas ucapan 25 Oktober 2013, saya menanti respon mereka dihadapan TV3 dengan harapan ada berita yang bertajuk "kenaikan gula ketentuan Allah (baca Tuhan bagi non-muslim semenanjung)". Dimanakah mereka tatkala pemimpin mereka mengatakan diabetes disebabkan gula dan penawarnya adalah menaikkan harga? Sikap berdiam diri ini menyebabkan saya tertanya-tanya, apakah kemenangan dalam pemilihan telah menggadaikan segala prinsip yang selama ini dipegang? Maafkan saya wahai ILMU, bukan niat ingin menyindir, hanya sekadar terkenangkan "harga naik ketentuan Tuhan".

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: SUBSIDI GULA, DIEBETIS, DAN KETENTUAN ALLAH
SUBSIDI GULA, DIEBETIS, DAN KETENTUAN ALLAH
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZADhnIMow9QIZSL4PuoJ4F_jJ5bwhSlUGULBLZHOt9ieFW24VIDE2zK1JrGCFhaDPPGGS-QaaJqPZYNTBUCvp-lajd6dgsr7uhrbNBLqjzeANOnxD6obKopnEv9JwNrOqA8WeuY2FHLGI/s320/bajet-20143.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZADhnIMow9QIZSL4PuoJ4F_jJ5bwhSlUGULBLZHOt9ieFW24VIDE2zK1JrGCFhaDPPGGS-QaaJqPZYNTBUCvp-lajd6dgsr7uhrbNBLqjzeANOnxD6obKopnEv9JwNrOqA8WeuY2FHLGI/s72-c/bajet-20143.jpg
Kewangan
https://www.kewangan.org/2017/11/subsidi-gula-diebetis-dan-ketentuan.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2017/11/subsidi-gula-diebetis-dan-ketentuan.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content