Daftar ADAM50 sekarang atau anak anda akan kehilangan RM797.87

SHARE:


Apa itu ADAM50? 

ADAM50 adalah Insentif unit amanah PERCUMA bernilai RM200 sebagai dana tabungan permulaan bayi warganegara Malaysia yang lahir di antara 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Betul ke PERCUMA?

Ya benar! Terima kasih kepada Kerajaan terdahulu yang memperkenalkan skim ini. 

Boleh tak kewangan.org tolong daftarkan ADAM50 untuk anak saya?

Mestilah TIDAK BOLEH. Anda hanya boleh mendaftarkan ADAM50 bayi anda di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Ejen ASNB seluruh Malaysia sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi ASNB di SINI.

Tadi kata RM200 dana permulaan. Bagaimana boleh jadi RM797.87 pula?

Ini adalah kelemahan utama orang kita. Kebanyakan orang kita tidak berminat untuk mendaftar ADAM50 apabila mengetahui duit itu hanya boleh dikeluarkan apabila anak berumur mencapai 18 tahun. Jika dana ini boleh dikeluarkan on the spot, pasti selepas bersalin sahaja terus si ibu akan pergi beratur di kaunter ASNB!

Diamlah. Cerita bagaimana RM200 boleh jadi RM797.87! =P

Baiklah tuan / puan / ibu / bapa sekalian, sebenarnya memang benar dana RM200 yang dikreditkan untuk bayi anda hanya boleh diambil apabila anak kita mencapai usia 18 tahun. Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memberikan pendapatan tahunan secara percuma kepada anak-anak kita. Dana yang diberikan kerajaan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1 Malaysia bagi bayi selain bumiputera.

Kenapa saya kata pendapatan tahunan? Ini kerana dana yang kita letak dalam akaun ASB atau AS 1Malaysia akan memberikan dividen pada akhir tahun kewangan. Bagi ASB, Tahun Berakhir Kewangan adalah pada 31 Disember setiap tahun manakala bagi AS 1Malaysia, Tahun Berakhir Kewangan adalah pada 30 september setiap tahun.

Pada setiap akhir tahun kewangan ini, pendeposit / pelabur akan diberikan dividen mengikut prestasi dana masing masing.

Jadi, bagaimana daripada RM200 menjadi RM797.87?

Katakan anda mendaftar ADAM50 bagi bayi anda pada usianya sehari. Bayi anda secara automatik akan diberikan RM200 dan wang ini dimasukkan kedalam akaun ASB. Dengan mengambil kira rekod 10 tahun average total return (ATR)  ASB iaitu 7.99%, maka pada usia 18 tahun kelak, akaun ASB anak anda akan menjadi RM797.87 !!! Kiraan ini adalah secara compounded interest calculation. Ini juga dengan mengambil kemungkinan anda tidak menambah satu sen pun ke dalam akaun ASB anak anda setelah akaun tersebut dibuka.



Mudah cakap, daftar ADAM50, kemudian tak perlu buat apa-apa. Hanya tunggu anak anda berusia 18 tahun dan duit dalam ASB sudah beranak pinak dengan sendiri!

Apa akan jadi jika anda masukkan RM10 sebulan secara konsisten?

Jika anda daftar ADAM50 dan masukkan RM10 secara konsisten setiap bulan, maka pada usia anak anda 18 tahun, akaun ASB anak anda berkembang menjadi RM5,479.56.



Jika anda tambah RM50 setiap bulan?

Akaun ASB anak anda akan menjadi RM24,206.30 ketika usianya mencapai 18 tahun !!!



Jika RM100 sebulan?

Anda kira sendiri lah. Boleh cuba masukkan angka-angka anda dalam laman web kalkulator compounded interest ini.

Oleh itu tuan /puan / ibu / bapa sekalian, sekiranya anda melahirkan anak di antara 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022, tolonglah datang ke Cawangan ASNB atau agennya untuk mendaftar ADAM50. Ingat, datang sebelum usia anak anda mencapai setahun. Jika tidak, pasti 18 tahun akan datang anda akan menyesal!

*Kiraan dividen 7.99% setahun adalah berdasarkan kiraan 10 tahun average total return (ATR) seperti yang dilaporkan dalam ASB PRODUCT HIGHLIGHTS SHEET. ATR pada tahun depan dan tahun-tahun berikutnya akan berubah-berubah mengikut pulangan semasa tahun berkenaan. Namun begitu walau apapun nilainya, ANDA TIDAK PATUT MELEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. 

Ayuh, pergilah mendaftar ADAM50!

COMMENTS

BLOGGER: 1

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: Daftar ADAM50 sekarang atau anak anda akan kehilangan RM797.87
Daftar ADAM50 sekarang atau anak anda akan kehilangan RM797.87
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnnLo-ilXz4D1ZJlF9nPkwQ459FHqicoi6ozkwTG4Fe2wnmhadfimfFJyGmVJT1nkbHwuYyGKv66gDYx1ZlXXXD6QsUhf4iCCvQtGrqdbcKI1UILpMylaW-xExkrrYfSw1a2jwVjn9AU0/s640/adam.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnnLo-ilXz4D1ZJlF9nPkwQ459FHqicoi6ozkwTG4Fe2wnmhadfimfFJyGmVJT1nkbHwuYyGKv66gDYx1ZlXXXD6QsUhf4iCCvQtGrqdbcKI1UILpMylaW-xExkrrYfSw1a2jwVjn9AU0/s72-c/adam.png
Kewangan
https://www.kewangan.org/2018/08/daftar-adam50-sekarang-atau-anak-anda.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2018/08/daftar-adam50-sekarang-atau-anak-anda.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content