12 Fakta tentang OPCOM - Syarikat anak Tun Mahathir yang anda perlu tahu - Cakna Kewangan

Thursday, 2 August 2018

12 Fakta tentang OPCOM - Syarikat anak Tun Mahathir yang anda perlu tahu

Kredit: OPCOM

1. Tan Sri Mokhzani Mahathir adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Opcom Holdings Berhad (OHB) dan Opcom Cables Sdn. Bhd. (OCSB). 


2. Tan Sri Mokhzani Mahathir adalah abang kepada Dato' Seri Mukhriz Mahathir dan adik kepada Mirzan Mahathir. Beliau juga merupakan abang ipar kepada Tok Puan Norzieta Zakaria.

3. Dato' Seri Mukhriz Mahathir adalah pemegang saham utama Opcom.

4. Tok Puan Norzieta Zakaria, isteri Dato' Seri Mukhriz Mahathir adalah pengarah OCSB, Unigel Compounds Sdn. Bhd. (UCSB) dan Opcom Shared Services Sdn. Bhd. (OSSSB). 

5. Tok Puan Norzieta Zakaria juga adalah pemegang saham utama dan pengarah M Ocean Capital Sdn. Bhd. (MOCSB), Opcom Sdn Bhd (OSB) dan Airzed Broadband Sdn. Bhd. (ABSB).

6. Mirzan Mahathir pengarah OCSB dan pemegang saham OSB. 

7. Mirzan Mahathir juga merupakan pemegang saham dan pengarah MOCSB

8. MOCSB adalah pemegang saham utama Opcom.

9. Opcom telah menerima surat penganugerahan kontrak 'Rakan Unifi' bernilai RM11.16 juta pada 14 Mei, empat hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri.

10. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta Telekom Malaysia (TM) memberi laporan berhubung pemberian kontrak kepada Opcom.

11. TM menjelaskan kontrak pemasangan dan pemulihan jalur lebar yang dianugerahkan Opcom dilakukan melalui tender terbuka dan telah diputuskan sebelum PRU14.

12. Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan tidak terbabit dengan pemberian kontrak daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) bernilai RM11.16 juta kepada Opcom.

No comments:

Post a Comment