DIVIDEN AKAUN KWSP SYARIAH RENDAH? FIKIRKAN SEKALI LAGI - Cakna Kewangan

Saturday, 10 February 2018

DIVIDEN AKAUN KWSP SYARIAH RENDAH? FIKIRKAN SEKALI LAGI



6.4% rendah? Fikirkan sekali lagi.

Menurut KWSP, pendapatan akaun EPF-i diperolehi 100% daripada syer aset pelaburan Syariah. Manakala bagi akaun EPF konvensional, 38% daripada pendapatan itu adalah hasil syer aset pelaburan Syariah manakala baki 62% pendapatan adalah hasil syer aset pelaburan tidak patuh Syariah. 

Bagi umat Islam, Tuan/Puan boleh bayangkan, daripada 6.9% dividen akaun EPF konvensional Tuan/Puan, hanya 38% patuh Syariah. Bakinya? Itu pandai-pandailah Tuan/Puan jawab sendiri dengan Allah SWT kelak. #DoneSentap 

6.4% rendah? Ia tidak rendah. Ia juga tidak tinggi. Ia adalah benchmark kerana ini merupakan dividen kali pertama / tahun pertama sejak akaun EPF-i diperkenalkan. 

Tuan/Puan tidak boleh bandingkan dengan akaun konvensional. Beza langit dan bumi. Saiz dana konvensional berganda-ganda lebih besar dari dana Syariah. Alokasi dana Syariah juga bersifat selektif iaitu hanya boleh dilaburkan dalam aset pelaburan yang patuh Syariah. 

Kepada yang belum menukar akaun, bantulah diri anda mendapatkan wang persaraan yang patuh Syariah dengan menukar ke akaun EPF-i. Jika Tuan/Puan fikirkan pulangan yang besar pada masa muda sihat ini, adakah Tuan/Puan akan fikirkan perkara yang sama bila sudah tua dan menanti ajal kelak? #DoneSentapSekaliLagi

Sama-samalah kita besarkan saiz dana EPF-i agar EPF mampu melabur duit kita dengan volume yang lebih besar seterusnya mampu berikan juga kita pulangan yang lebih besar. 

 #EFP #Dividen2017 #KWSPi

No comments:

Post a Comment