5 Dilema Besar Bakal Graduan IPT Yang Sentiasa Mengganggu Fikiran

SHARE:


Dilema #1 : Kerja atau sambung belajar?

Ini adalah dilema paling utama bagi bakal graduan. Anda perlu melihat realiti dan keperluan. Namun secara asasnya, mencari kerja lebih utama berbanding menyambung pelajaran melainkan anda ada dua perkara:

  1. Sumber kewangan; JPA, MARA, Biasiswa Badan Berkanun atau Syarikat Korporat atau jika anda ada mak ayah yang berada.
  2. Mempunyai matlamat untuk masuk ke bidang akademik. 

Saya tidaklah kata industri tidak mahu kelayakan Sarjana / Master namun kebanyakan industri tidak memerlukannya. Saya pernah bertanya kepada Pegawai HR di sebuah bank tentang adakah terdapat perbezaan di antara gaji graduan sarjana muda dan sarjana. Beliau menjawab tiada beza jika keduanya adalah "fresh graduate". Ada juga yang terima namun ia bukanlah nilai tambah yang signifikan bagi industri.

Namun begitu jika anda menyambung dalam kursus profesional, ianya sedikit sebanyak memberi kredit kepada anda berbanding graduan yang lain sekiranya anda dipanggil temuduga untuk jawatan yang berkait secara langsung dengan kursus tersebut.


Dilema #2: Nak tunggu kerja yang diminati atau ambil sahaja kerja yang ditawarkan / ada?

Keduanya boleh. 

Jika anda mahu menunggu kerja yang diminati, ada perlu bertanya soalan berikut kepada diri anda:

  1. Adakah aku boleh bertahan jika masih ingin mencari dan menunggu kerja yang aku minat?
  2. Jika boleh bertahan, duit siapa yang aku pakai untuk bertahan itu? Jika duit mak ayah, jangan tunggu. Ambil sahaja kerja yang sudah ada di depan mata.
  3. Jika mampu bertahan dengan duit duit sendiri, tanya lagi, berapa lama boleh bertahan? Jika kurang dari 6 bulan,  jangan tunggu. Ambil sahaja kerja yang sudah terhidang di depan mata.

Jika anda mahu mengambil sahaja peluang kerja yang ada, anda perlu pastikan:

  1. Anda mencari majikan yang menyediakan laluan kerjaya yang jelas untuk anda. Ini penting walaupun anda hanya mahu bekerja untuk sementara waktu. Sebagai contoh, KFC. Di KFC, anda tidak akan selama-lamanya menjadi juruwang / teller, krew dapur atau krew servis. Bahkan anda akan berpeluang menjadi penolong pengurus atau pengurus jika anda mampu memenuhi keperluan yang ditetapkan.
  2. Jika boleh, cari majikan yang carumkan KWSP / EPF dan PERKESO / SOCSO. Paling tidak, EPF. Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa majikan anda menghargai dan menjaga kebajikan anda. Perhatian: EPF dan SOCSO kebiasaannya tidak dibayar kepada pekerjaan berasaskan komisyen seperti Unit Trust Consultant.
  3. Tinjau kerja lain jika majikan anda lewat bayar gaji anda sebulan. Berhenti kerja dan cari kerja lain jika majikan anda tidak membayar gaji anda selama dua bulan. Oh ya, jangan lupa buat Aduan Buruh di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia pada bulan pertama gaji lewat dibayar tanpa justifikasi yang kukuh. Jangan takut kepada majikan anda bahkan majikan anda perlu takut kepada anda sekiranya mereka lewat atau tidak membayar gaji.
  4. Sentiasa mencari dan jangan putus asa untuk mencari kerja yang anda minat. Dalam masa yang sama, fokus kepada kerja yang anda sedang buat.

Dilema #3: Perancangan Kewangan: Rancang sekarang atau apabila sudah bekerja?

Rancang dari sekarang. 

Anda perlu tahu bahawa Perancangan Kewangan bukan hanya perancangan gaji bahkan ianya suatu perancangan yang komprehensif. Ianya merangkumi aliran tunai / cash flow, aset dan liabiliti / asset and liability, net worth, simpanan, pelaburan, takaful dan sebagainya. 

Kenapa anda perlu rancang dari sekarang? Kerana Perancangan Kewangan itu BERMULA DENGAN PENETAPAN MATLAMAT KEWANGAN di mana matlamat kewangan itu adalah MATLAMAT HIDUP ANDA.


Dilema #4: Kahwin atau tunggu stabil?

Kehidupan ini sentiasa di penuhi dengan suka duka. Oleh itu, sangat sukar untuk meletakkan indikator kepada "hidup yang stabil". Bagi mereka yang sudah mempunyai calon dan sudah gedik / gatal / wajib untuk berkahwin, maka berkahwinlah. 

Namun sebelum anda berkahwin, anda perlu pastikan perkahwinan anda tidak menyusahkan orang tua atau diri anda. Jangan kerana nafsu anda, habis duit simpanan mak ayah anda guna. Jangan kerana nafsu anda, anda buat pembiayaan peribadi untuk berkahwin.

Jika ibu bapa anda mahukan perkahwinan yang gah, maka bincanglah dari hati ke hati. Terus terang sahaja kepada mereka bahawa anda bukan tiada duit (walaupun sebenarnya anda memang tiada duit), tetapi anda mahu berjimat kerana kos hidup selepas majlis kahwin lagi mahal.

Jika mak ayah anda kata mereka mahu tanggung, maka pujuklah mak ayah. Buatlah majlis secara sederhana dan minta hadiahkan lebihan wang itu kepada anda untuk kegunaan hidup selepas majlis kahwin.

Jika anda sendiri tiada duit, mak ayah tiada duit, calon suami tiada duit dan mak ayah dia pun sama, maka sedarlah diri. Buat majlis ala kadar. Yang penting, anda sah menjadi suami dan isteri.

Kestabilan? InsyaAllah, jika semasa berstatus bujang anda boleh dapatkan RM 1,500 sebulan maka dengan berpasangan anda akan mampu dapat lebih.


Dilema #5: Nak beli kereta atau motosikal?

Lain tempat, lain keperluan. 

Pilih kehidupan yang berkualiti. Jangan ikut trend orang lain. Orang lain hanya pakai motosikal, kita pun pakai motosikal. Orang lain beli kereta, kita kecam. Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan berkualiti? Ianya bermaksud suatu kehidupan yang kita bergembira dengannya. 

Sangat memalukan jika kita memandu kereta namun masih meminta ehsan ibu bapa untuk mengisi minyak. Sangat kejam jika kita berjimat hanya pakai motosikal sedangkan isteri kita sakit setiap hari kerana alahan asap kenderaan. 

Oleh itu, kita tetapkan keperluan kita. Jika kita perlu menunggang motosikal, gunalah motosikal. Jika kita terpaksa memandu kereta, maka rancanglah kewangan agar kos minyak dan tol dapat ditanggung setiap bulan tanpa berhutang.


www.kewangan.org
11.01.2017
Kuala Lumpur


COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: 5 Dilema Besar Bakal Graduan IPT Yang Sentiasa Mengganggu Fikiran
5 Dilema Besar Bakal Graduan IPT Yang Sentiasa Mengganggu Fikiran
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2Y4hvShT6lXmc9aeRbmn5xbsrck7W_6BWZq1dCsQ5aZuyy3Um74MuTUHsaCfPO30OGyXIGb051oPkJl_kuggfKCA1bTcckO78HCqDSaQzznAv4BRyBNfgjqGC6pC3611iddX-BEBQilk/s640/dilema+besar.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2Y4hvShT6lXmc9aeRbmn5xbsrck7W_6BWZq1dCsQ5aZuyy3Um74MuTUHsaCfPO30OGyXIGb051oPkJl_kuggfKCA1bTcckO78HCqDSaQzznAv4BRyBNfgjqGC6pC3611iddX-BEBQilk/s72-c/dilema+besar.jpg
Kewangan
https://www.kewangan.org/2018/01/5-dilema-besar-bakal-graduan-ipt-yang.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2018/01/5-dilema-besar-bakal-graduan-ipt-yang.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content