3 Soalan Asas Tetapi Sangat Penting Sebelum Anda Mula Melabur Dengan Gembira

SHARE:

Saya sering terbaca dalam ruangan forum online berkenaan rungutan dan sesalan individu yang menyertai Unit Trust atau pelaburan-pelaburan tertentu seperti saham. Ini kerana mereka tersedar bahawa pelaburan yang mereka sertai lambat pulangan. Oleh kerana panik, mereka terus membuat keputusan untuk menutup akaun. Ada juga cacian dan makian yang diberikan kepada institusi pengurusan dana kerana mengenakan caj yang kononnya tidak diberitahu sebelum mereka menyertai sesuatu pelaburan. 

Bagi individu yang menyertai saham pula, ada di kalangan mereka yang langsung tidak tahu bahawa ianya merupakan pelaburan berisiko tinggi. Mereka juga tidak ambil kisah tentang yuran broker. Apa yang difikirkan hanyalah "main saham cepat untung" tanpa memikirkan kos da risiko disebaliknya.

Secara terus terang, individu-individu ini terjerumus ke lembah penyesalan kerana dua faktor:

Faktor #1: Melabur kerana jatuh cinta dengan kata-kata dan muka konsultant / advisor / broker yang manis.


Faktor #2: Terburu-buru mahu melabur tanpa mahu ambil tahu asas ilmu pelaburan.


Tuan-tuan dan puan-puan, sebenarnya terdapat 3 soalan asas yang perlu anda tanyakan kepada diri anda sebelum anda mula mula melabur.



Soalan #1 : Adakah anda seorang pelabur/investor atau pedagang/trader atau spekulator/speculator? 

Soalan ini menentukan jenis pelaburan yang sesuai untuk anda sertai. Anda boleh mengenal pasti siapakan anda berdasarkan ciri-ciri unik yang berikut:

Pelabur / Investor

  1. Melabur dalam portfolio pelaburan jangka masa panjang dan sederhana.
  2. Kebiasaannya menggunakan Analisis Fundamental / Fundamental Analysis untuk menganalisis pelaburan.
  3. Bertoleransi kepada pelaburan berisiko rendah dan sederhana. Namun begitu terdapat juga pelabur yang sanggup melabur dalam portfolio berisiko tinggi.
  4. Hanya mempunyai ilmu pelaburan asas.
  5. Penyabar dan berkeyakinan.
  6. Memerlukan konsultan untuk menasihati sebelum membuat keputusan untuk melabur.
  7. Menilai prestasi pelaburan berdasarkan prestasi dana / syarikat semata-mata.

Pedagang / Trader

  1. Melabur dalam portfolio pelaburan jangka masa sederhana dan pendek.
  2. Kebiasaannya menggunakan Analisis Teknikal / Technical Analysis untuk menganalisis pelaburan.
  3. Bertoleransi kepada pelaburan berisiko sederhana dan tinggi.
  4. Mempunyai ilmu pelaburan berlevel sederhana dan tinggi.
  5. Berfikiran kritikal dan membuat keputusan secara analitikal.
  6. Pandangan konsultan hanya diperlukan sebagai pandangan kedua sebelum melabur.
  7. Menilai pergerakan harga secara keseluruhan.
Spekulator / Speculator

  1. Melabur dalam portfolio pelaburan jangka masa pendek bahkan ada yang hanya dalam tempoh semalaman.
  2. Tidak menggunakan analisis tertentu bahkan spekulator itu sendiri yang akan memberikan kesan kepada analisis teknikal.
  3. Sanggup melabur dalam pelaburan berisiko tinggi.
  4. Mempunyai ilmu pelaburan berlevel tinggi.
  5. Sangat berhati-hati pada sentimen pelaburan, pandai mencipta panik dalam pasaran dan kadang-kadang mementingkan diri.
  6. Hanya membuat keputusan sendiri dalam pelaburan.
  7. Mahir mendapatkan makluman dalaman pelaburan, mahir menganalisis khabar angin dan sentimen pasaran.
Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, maka anda boleh tentukan siapakan diri anda. Adakah and seorang pelabur atau pedagang atau spekulator?


Soalan #2 : Berapa lamakah masa yang anda sanggup tunggu untuk mendapatkan keuntungan?

Masa adalah perkara kedua yang anda perlu tanya pada diri anda. Adakah anda sanggup menunggu selama 5 tahun untuk lihat duit anda beranak dengan banyak? Ataupun anda adalah seorang yang mahukan keuntungan berlipatkali ganda hanya dalam tempoh sehari?

Dalam pelaburan, para ahli kewangan kebiasaannya akan membahagikan pelaburan kepada tiga tempoh yang berbeza iaitu pelaburan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Pelaburan Jangka Pendek

Pelaburan jangka pendek adalah pelaburan yang memberikan kadar pulangan keuntungan (konvensional : kadar interest/faedah) dalam tempoh 1 hingga 3 tahun. Jika anda mahukan kecairan atau tunai segera, maka anda perlu memilih pelaburan jenis ini.

Pelaburan Jangka Sederhana

Pelaburan jangka sederhana adalah pelaburan yang memberikan kadar pulangan keuntungan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Jika anda mempunyai matlamat jangka sederhana seperti perkahwinan, deposit rumah, menyambung pengajian atau sijil professional, maka pelaburan jenis ini adalah sesuai dengan anda.

Pelaburan Jangka Panjang

Pelaburan jangka panjang adalah pelaburan yang memberikan pulangan keuntungan dalam tempoh 5 tahun dan ke atas. Jika mahu melabur untuk persaraan, pendidikan anak-anak atau perkahwinan anak-anak, maka anda perlu memilih pelaburan jangka masa panjang.

Adakah anda sudah menetapkan jangka masa pelaburan anda? Jika sudah, lihat pula pada soalan yang ketiga.


Soalan #3 : Apakah tahap toleransi anda terhadap risiko?

Ramai orang yang berjinak-jinak dalam pelaburan sering terlepas pandang terhadap tahap risiko dalam pelaburan. Hal ini menyebabkan mereka menjadi panik dan marah apabila pelaburan yang mereka sertai mengalami kerugian. Tidak kurang juga ramai yang menyalahkan consultant / advisor / broker di atas kerugian yang dialami.

Sebelum bermula, anda perlu mengetahui secara umumnya toleransi risiko dalam pelaburan terbahagi kepada tiga tahap. Terdapat juga ahli kewangan yang memperincikan sehingga lima tahap toleransi terhadap risiko. Dalam artikel ini, saya akan menyentuh tiga tahap toleransi terhadap risiko sahaja.

Aggressive Risk Tolerance

Sekiranya anda seorang yang mahukan pulangan yang tinggi dalam masa yang sama tidak gentar berdepan dengan risiko kerugian yang besar, maka anda adalah seorang Aggressive Risk Tolerance. Maka anda boleh memilih jenis pelaburan berisiko tinggi untuk disetai. 

Moderate Risk Tolerance

Jika ada seorang yang mahu mendapat pulangan yang sederhana dan agak berjaga-jaga dengan risiko kerugian, maka anda adalah seorang yang mempunyai Moderate Risk Tolerance. Pelaburan berisiko sederhana sangat sesuai untuk anda.

Conservative Risk Tolerance

Jika anda seorang yang tidak boleh menangung kerugian dan mahukan pelaburan yang selamat maka anda adalah seorang yang bersifat Conservative Risk Tolerance. Pelabur jenis ini tidak boleh menyertai portfolio pelaburan berisiko tinggi kerana kelak anda pasti akan menyesal jika pelaburan tersebut mengalami kerugian walaupun ianya baru satu jam anda menyertainya!


JADI, SIAPAKAH ANDA?

Portfolio pelaburan adalah bergantung kepada tiga soalan di atas. Anda perlu bertanya kepada diri anda, "siapakah aku?". Hanya anda sahaja boleh menentukan soalan yang pertama. Adapun untuk soalan kedua dan ketiga, anda boleh menilai diri anda berdasarkan penilian yang dibuat secara kuantitatif / quantitative oleh consultant / advisor / broker. 

Anda perlu menjawab beberapa soalan tertentu yang telah direka oleh pakar kewangan. Soalan-soalan ini boleh membantu anda untuk menentukan siapakan diri anda sebelum melabur. Hubungi saya melalui whatsapp (hanya klik disini untuk Whatsapp saya) sekiranya berminat untuk mengetahui SECARA PERCUMA siapakah diri anda sebelum membuat keputusan untuk melabur.



PORTFOLIO PELABURAN MANAKAH YANG SESUAI DENGAN ANDA?

Anda boleh suaikan portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan sifat peribadi anda. Ini bagi mengelakkan anda menyesal kemudian hari di atas keputusan pelaburan yang tidak bersesuaian dengan anda. InsyaAllah saya akan berkongsi lagi berkenaan portfolio pelaburan berdasarkan "siapakah anda" dalam tulisan yang seterusnya. Sabar ye :)


Mohd Danial Mohd Razali
Kuala Lumpur
4 Januari 2018
www.kewangan.org

COMMENTS

Name

2020olympics,1,ABC,2,ABC conversion,2,ABC convert,2,ADAM50,1,Ahmad Samsuri Mokhtar,1,Airzed Broadband Sdn Bhd,1,Akaun Emas,1,Akaun Syariah,1,akaun syariah vs akaun konvensional,1,AKPK,2,Al Quran Al Karim,1,aliran tunai,1,Amanah Saham,1,ANM,1,Arrahnu,1,AS1M,1,ASB,2,ASNB,2,average total return,1,Ayat 261,1,Azri Zahier Azmi,1,B29,2,bajet 2021,1,Bank Negara Malaysia,2,Bantuan Sara Hidup 2019,6,Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019,6,Belanjawan 2019,5,beritapalsu,1,Biasiswa,2,Bitcoin,4,BNM,6,bnm cgc,1,BR1M,6,BR1M 2019,6,Breaking,39,BRIM,5,BSH,3,BSH 2019 Bujang,2,BSH2019,5,bujang 100,1,Cabutan WOW,1,calon pru15,1,Cara Semak bantuan Sara Hidup,1,Cara Semak BSH,1,Carousell Capital,1,carta alir pensijilan halal,1,cash-flow,1,CFAF Islamic,1,CFWA Capital Business,1,compounded interest,2,Compounding Interest,1,CPI,1,Cryptocurrency,6,CWA,1,dana amanah,1,Daud Bakar,1,demonstrasi kereta terbang,1,Deposit TH,1,Dividen EPF 2019,1,Dividen KWSP 2019,1,Dividen Shariah,1,Dividen Tabung Haji,2,Dividen Tabung Haji 2019,1,Doa Harian,1,Dr Mujahid,1,dron,1,DuitNow,1,Ekonomi,6,Emas,3,entrepreneur,1,EPF,8,EPF-i,2,EZYFX Berhad,1,Faedah Kompaun,1,Faedah Mudah,1,faraid,3,FENetwork,2,Fi DuitNow,1,Financial Consumer Alert List,1,Financial Education Network,1,Fintech,1,Gaji 2019,1,GAMUDA,1,GLC,1,Grow Asia Capital Holdings,1,Grow Asia Capital Ventures,1,Guidelines on Recognized Markets,1,Hadis,1,halal,1,hapus tol,1,harga diesel terkini,1,harga minyak terkini,1,harga petrol terkini,1,harta tidak patuh syariah,1,HASIL,1,Hatta Ramli,1,hausboom,1,Hibah Tabung Haji,1,HRMIS,1,Hukum Ar-Rahnu,1,Hukum Bitcoin,2,i-invest,1,i-Prihatin,1,i-Sinar,2,Indeks Harga Pengguna,1,Institusi,1,Instrumen,5,Investor,1,Isu Semasa,10,jain,1,jakim,1,JanganKenaScam,1,japan,1,Jaringan Pendidikan Kewangan,2,jawatan kosong,5,jawatan kosong kerajaan,2,jawatan kosong universiti,2,jawatan kosong yapiem,1,Jualah,1,Just In,1,kad kredit,2,kebolehpasaran graduan,1,kemaskini BSH,5,Kementerian Kewangan,5,Kementerian Kewangan Malaysia,1,Kementerian Pembangunan Usahawan,3,keputusan pru 15,1,kereta terbang,1,kerjaya,1,KESAS,1,Kewangan,1,Kewangan 101,1,Kewangan Pendidikan,6,Kontrak Muamalat,1,Kontrak Syariah,1,Koperasi YaPEIM Berhad,1,KPM,1,KPT,1,KWSP,9,KWSP-i,3,KYB,1,LDP,1,LHDN,1,liabiliti,1,liability,1,Lim Guan Eng,3,main,1,MalaysiaMADANI,1,marketability,1,Matawang Digital,4,MB Terengganu,1,MCO,1,MED,3,Menteri Agama,1,Menteri Kewangan,3,mhe2019,1,Minda Shariah,1,Mirzan Mahathir,1,MOE,2,MOF,5,Mohd Daud Bakar,3,Mohd Redzuan Yusof,2,MOHE,1,Mokhzani Mahathir,1,moratorium,2,Motivasi,1,Muamalat,4,Mukhriz Mahathir,1,MyBrain,1,MyBrainSc,1,MyDeposit,1,myknp,1,MyMaster,1,MyPhD,1,mys2japan,1,Nafas,1,National Strategy for Financial Literacy 2019 – 2023,1,Negara Usahawan,2,net-worth,1,nilai bersih,1,Online Learning,1,Opcom,1,Opcom Holdings Berhad,1,Pakatan Harapan,3,Pasaran,1,Pasaran Saham,2,pegangan ekuiti kwsp,1,Pekeliling Tarikh Gaji,1,Pelaburan,2,pelaburan kwsp,1,Pelaburan TH,1,Pembangunan Ekonomi,5,Pembiayaan,1,pembiayaan perumahan,1,Pendidikan Kewangan,2,Pengeluaran Khas,1,Pengeluaran Khas KWSP,1,pengumuman dividen KWSP,1,pengumuman dividen KWSP 2018,2,Pengurusan Aset Liabiliti,1,Pengurusan Kewangan,13,penukaran baki automatik,2,Perancangan Kewangan,4,pereka grafik,2,Permohonan biasiswa MyBrainSc,1,Permohonan Yayasan Pembangunan Usahawan,1,Permohonan YPU,1,Persaraan,2,Personal Finance,1,Perwarisan,4,Perwarisan Islam,3,Petronas,1,Philip Mutual,1,PIDM,1,Pinjaman Tanpa Faedah,1,PKP,1,pks,1,PMO,1,PNB,1,PPZ-MAIWP,1,Prestasi TH,2,PRODUK AKAUN EMAS YaPEIM,1,Property,1,Proton X70 Premium,1,pru15,1,psp,1,PTPTN,4,Puan Khadijah Abdullah,1,Public Mutual,1,Pulangan kwsp 2018,1,pusaka,1,Rahnu,1,Rakan Unifi,1,rayuan BHS,1,Risiko,1,Risiko & Takaful,1,RON100,1,RON95,1,RON97,1,sac bnm,1,Saham Amanah,1,SARA,1,Sarf,1,SC,1,Semakan Bayaran BSH 2019,3,Semakan BSH 2019,1,Semakan BSH Fasa 3,2,Semakan Pengeluaran Khas KWSP,1,Servis,1,SERY,1,Setel,1,Shariah Advisory Council,1,Siaran Media,1,simpanan,1,Simpanan & Pelaburan,1,SMART,1,SMEs,1,Speculator,1,SPRINT,1,SSPI,1,SSPN,1,SSPN-i PLUS,2,Subsidi,1,subsidi petrol,1,Sumbangan Asas Rahmah,1,Surah Al Baqarah,1,Syarat MyBrain,1,syed saddiq,1,Tabung Haji,2,Tabung Usahawan Sejahtera,1,Takaful,1,Tarikh Gaji,1,Tarikh Gaji Penjawat Awam,1,TeganuKita,1,Teknologi,1,TEKUN Corp,2,TEKUN Nasional,1,Terengganu,2,Terkini,15,TH,2,TM,1,Tok Puan Norzieta Zakaria,1,tokyo,1,Tol,1,Trader,1,Ujrah,2,unishams,2,Unit Amanah,2,Unit Trust,4,Unit Trust Consultant,2,Usahawan,2,Usahawan Malaysia Berjaya,2,usahawan muda,1,UTC,1,Wadiah Yad Amanah,1,Wadiah Yad Dhamanah,1,Yapeim,2,zakat,2,Zakat & Percukaian,4,zakat simpanan,1,
ltr
item
Kewangan: 3 Soalan Asas Tetapi Sangat Penting Sebelum Anda Mula Melabur Dengan Gembira
3 Soalan Asas Tetapi Sangat Penting Sebelum Anda Mula Melabur Dengan Gembira
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_OsX6eiqEyc70V_98hGYCgeH6n7_VcFvpvZMzYeqTyE6OJCdKx69kDIHlY_SCaWp_7dtomvZY4MVUyl8MLvBwe1t3J5dwFbwQjMN8k4BzkB6Wt1xyqAK0xl0Z__-n2szUz89iCGOwboU/s640/3+soalan+asas.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_OsX6eiqEyc70V_98hGYCgeH6n7_VcFvpvZMzYeqTyE6OJCdKx69kDIHlY_SCaWp_7dtomvZY4MVUyl8MLvBwe1t3J5dwFbwQjMN8k4BzkB6Wt1xyqAK0xl0Z__-n2szUz89iCGOwboU/s72-c/3+soalan+asas.jpg
Kewangan
https://www.kewangan.org/2018/01/3-soalan-asas-tetapi-sangat-penting.html
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/
https://www.kewangan.org/2018/01/3-soalan-asas-tetapi-sangat-penting.html
true
6212005220082286099
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content